QSR Brands Lancar Ayamas Kitchen Dim Sum Halal

By | Disember 23, 2018

Apabila kita berada di negara yang berbilang bangsa, kita akan bertemu dengan makanan yang bermacam-macam jenis.

Lagi-lagi kita bertemu dengan makanan Cina Muslim. Betul, macam yeop sendiri nak cuba merasa makanan Cina Muslim yang terdapat di Malaysia, diyakini Halal.

Tapi, sangat sukar mendapatkan salah satu makanan sejuk beku yang mempunyai sijil Halal.

Tak perlu risau lagi, Ayamas Kitchen dah ada Dim Sum Sejuk Beku Halal untuk semua rakyat Malaysia.

Majlis Pelancaran Ayamas Kitchen Dim Sum Halal

Dim Sum Sejuk Beku Halal di bawah jenama Ayamas Brands menyediakan 10 jenis makanan yang sangat sedap dan murah.

Antaranya adalah Hakao Udang, Dim Sum Ayam dan Udang, Dumpling Udang, Nasi Pulut Ayam Daun Teratai dan Pek Kombo Dim Sum. Jenis-jenis ini sudah ada berada di pasaran mulai sekarang.

Selain itu, beberapa jenis lain akan masuk di pasaran seperti Dim Sum Kari Ayam, Kek Lobak bersama Udang Kering, Pau Ayam Berbeku, Tauhu Gulung Ayam & Ikan dan Dim Sum Udang.

Apa yang menariknya, bungkusan ini adalah Halal dan selamat dimakan oleh mereka yang beragama Islam, walaupun jenama ini ditarget kepada penggemar makanan tradisional Cina.

Kata Ketua Pegawai Eksklusif QSR Brands (M) Holdings Berhad, Adi Wira Abd Razak, “Produk ini memberi kepuasan kepada mereka yang ingin menikmati hidangan ini tetapi tidak sempat untuk menyediakan secara konvensional. Tidak semua tempat menyediakan Dim Sum selain hotel lima bintang yang membuat mereka terpanggil untuk memudahkan pelanggan sedia ada dan pelanggan baru untuk mencuba produk kami.”

“Menariknya, produk kami diperbuat daripada bahan-bahan segar dan dibungkus secara berkualiti dengan menggunakan teknologi dan peralatan terkini untuk menyakinkan produk ini 100 peratus selamat untuk dinikmati. Produk itu disahkan Halal oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), iaitu satu badan persijilan yang diluluskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).”

Dim Sum ini boleh dikukus, direbus, digoreng atau dipanaskan menggunakan ketuhar gelombang mikro. Untuk rasa yang lebih baik, disyorkan dikukus secara tradisional. Ia boleh dicicah dengan sos cili Ayamas dan Sos Hoisin jenama Life.

Lima dari sepuluh jenis Dim Sum ini boleh didapati di pasaraya Giant seluruh Malaysia dengan tanda harga berikut :

Tanda Harga Dim Sum Ayamas Kitchen

Hakao Udang 160g : RM13.39 sepeket

Ayam dan Udang 160g : RM10.59

Dumpling Udang 144g : RM11.29

Nasi Pulut Ayam Daun Teratai 270g : RM11.99

Pek Kombo Dim Sum 160g : RM12.79

Tahukah anda?

Ayamas Kitchen adalah salah satu produk di bawah QSR Brands yang menjual pelbagai barangan dapur sejuk beku yang berada di pasaran sejak 2016. Selain Dim Sum, mereka menghasilkan juga pelbagai barangan dapur seperti sardin dan makarel dalam tin, pes segera, rempah-rempah dan perapan, serta produk siap-makan. Selain itu, mereka adalah pengedar utama jenama “Ayamas” dan memasarkan jenama pihak ketiga seperti Divella, Lactima dan Kewpie di pasaran tempatan dan dieksport ke luar negara.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *