Quran Terjemah

By | April 22, 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana masih sihat sejahtera seperti hari-hari sebelum ini. Kalau dah sakit jangan lupa jumpa doktor ya.

Yeop nak memperkenalkan Perisian Komputer khas untuk pembaca Al-Quran (ya, kita semua) iaitu Quran Terjemah.

Perisian ini dibina oleh Warga Indonesia, HaryantoBlog.com untuk semua pengguna Malaysia, Indonesia dan seluruh dunia. Dengan aplikasi ini, ia mudah untuk dibaca dan didengar walaupun secara luar talian (offline) kerana ia telah menyimpan suara Qari di dalam fail.

quranterjemah

Keistimewaan Quran Terjemah

Sebenarnya tiada istimewa sangat dengan perisian ini, cuma ia dikutip dari QuranDatabase.org (pusat segalanya mengenai Al-Quran dalam Talian) untuk menjadi perisian yang boleh dibaca secara dalam talian dan luar talian dan semestinya ia percuma dan boleh dibawa ke mana-mana saja!

Apa yang istimewanya adalah ia mempunyai terjemahan dalam Bahasa Malaysia yang boleh dibaca oleh pengguna Islam Malaysia, sebab itu yeop boleh baca dalam perisian tersebut.

Kelebihan Quran Terjemah

Kelebihan yang yeop dapat baca adalah:

1. Ia boleh digunakan oleh semua umat Islam di Malaysia, Indonesia dan seluruh dunia, kerana mempunyai terjemahan dalam bahasa-bahasa terpilih.

2. Ia boleh dibaca secara luar talian (offline) kerana bacaan qari boleh dimuat-turun dari database secara talian.

3. Ia boleh dimuat-turun dalam telefon pintar Android secara percuma dan terus baca di mana saja anda berada.

4. Percuma juga untuk pengguna Windows XP, Vista, 7 dan 8.

5. Ia boleh dipindah ke USB Flash Drive (PenDrive) dan ringan, hanya 21MB sahaja.

Kelemahan Quran Terjemah

Kelemahan yang yeop dapat tangkap adalah:

1. Ia masih dalam pembaikan ‘bug’, dan semestinya ada kesilapan bila menterjemahkan ayat Quran sendiri.

2. Tidak ada untuk pengguna Mac dan iOS.

3. Perlu muat turun suara qari dalam talian.

4. Ia tidak boleh sebagai rujukan rasmi pembaca Quran sendiri, masih perlu rujuk kepada naskah asal.

Konklusi

Konklusi dalam Perisian Komputer Quran Terjemah adalah ia boleh dibaca dan dirujuk oleh semua pembaca seluruh dunia, boleh didengar oleh semua orang, cuma tidak boleh sebagai rujukan rasmi untuk pentafsiran dari pembacaan Quran sebenar.

Ia boleh dimuat-turun di Quran-Terjemah.org atau SourgeForge.net (untuk Windows XP, Vista, 7 dan 8) dan Google Play.

Snapshot Perisian Komputer Quran Terjemah.

Sekian, Wassalam.

9 thoughts on “Quran Terjemah

  1. Mohd Shubhi

    Biasanya nak cari maklumat dalam Al-Quran terjemah, hanya google saja dan mula buat pilihan. Terima kasih berkongsi maklumat di sini.

    Reply
    1. Khairil Mazri Post author

      betul akak, perisian ini boleh sekadar rujukan saja. tak boleh dipercayai.

      lebih baik percayakan kitab sebenar

      Reply
  2. nadia johari

    sekarang dah maju..Al-Quran pun dah boleh dibuat cara macm ni..so takde alasan untuk masyarakat islam tak membaca Al-quran

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *