Realiti Blogger Jadi Artis Jadi Blogger

By | Jun 10, 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sejak akhir-akhir ini yeop perasan beberapa status di Facebook mengenai abang (takkan panggil pakcik kot) Ben Ashaari jadi duta Yeo’s dari Hasrul Hassan. Ramai juga sebenarnya dah dinaiktaraf dari blogger ke artis termasuklah Hanis Zalikha, Fynn Jamal (yang terkenal dengan lagu Arjuna Beta) dan ramai lagi. Ada juga artis menjadi blogger seperti Zarul Hussin.

Yeop melihat perkara ini sangat positif dari melihat sesuatu perkara yang betul. Selain itu mereka masih muda dalam bidang ke’glamer’an di Malaysia secara umum. Walaupun masih mentah dalam bidang yang mereka ceburi sekarang ini, tapi ke’gosip’an agak masih tidak nampak lagi di mata peminat setia mereka.

Bagaimana mereka boleh menaikkan taraf menjadi sekarang ini?

Sebenarnya dalam bidang blogger telah membuka mata ramai pihak untuk mengetahui apa benda blog ini? Betul kan?

Mesti anda masih ingat pada Najwa Latif juga blogger dan penulis lirik serta penyanyi di YouTube suatu masa dahulu. Kini beliau sibuk dengan pengajian serta lagu beliau bertajuk Hilang.

Apabila artis pujaan mereka menjadi blogger, semestinya mereka ingin jadikan seperti mereka. Akhirnya mereka pun ada blog sendiri. Walaupun hanya ada Blogger (menggunakan akaun Gmail sahaja) tetapi jika tiada aralnya, budak umur 6 bulan pun ada blog. Mesti meriahkan…

Baiklah, artis pula nampaknya mula menjadi blogger, semestinya hendak menulis kisah beliau di mana mereka berada. Alah, macam Instagram dan Page Facebook yang penuh dengan perjumpaan blog di Malaysia.

Setakat ini yeop nampak Zarul Hussin sahaja yang mempunyai blog sendiri. Artis lain masih menggunakan laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram atau WeChat untuk bersua-muka dengan peminat.

Yeop harap sangat, jika artis Malaysia mengikut cara beliau semestinya semua orang jadi blogger yang tidak mengharapkan pada laman sosial semata-mata. Jika laman sosial telah tutup nanti, nak korek mana untuk bersembang?

InsyaAllah, yeop harap juga artis Malaysia tahu menutup aurat sebab mereka pun beragama Islam, bukan beragama dot dot dot.

Eh melalut pulak yeop menulis. Benda lain yang tulis, benda lain yang keluar.

Apapun yeop mengucapkan tahniah kepada Zarul Hussin kerana berani berubah menjadi blogger.

Nota kepada blogger: Dah glamer tu, jangan lupa tulis entri selalu ya 🙂

Sekian, Wassalam.

8 thoughts on “Realiti Blogger Jadi Artis Jadi Blogger

  1. akubiomed

    Kalau ini peluang untuk memperkembangkan bakat dan mencari sesuap nasi apa salahnya. Selagi ingat dimana bumi dipijak.

    Reply
  2. ejam

    dunia gelemer ni banyak cobaan…kena cukup kuat sebelum terjerumus.
    tahniah pada yang telah sukses atas usahanya sendiri selama ini. 🙂

    Reply
    1. Khairil Mazri Post author

      tau takpe bro.

      kekadang yeop pun pikir punya pikir, nak jadi blogger ke jadi artis. kalau jadi blogretis oklah gak. heee 😀

      Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *