#SembangTelco cerita Info Informasi

Review Unifi Mobile : Yay atau Nay?

Kongsi Entri Ini di

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sekarang ni semua telco buat line sendiri untuk bersaing dengan telco yang dah lama bertapak di Malaysia. Tapi kebanyakkannya menumpang dari pencawang telco lain untuk meluaskan rangkaiannya.

Tapi yeop ni sukakan benda baru (dan pastinya percuma!), lagipun tak payah topap tiap-tiap minggu atau berbulan-bulan.

Kredit dari Amanz.my

Yeop nak buat review Unifi Mobile.

Walaupun Unifi Mobile kini sehingga penghujungnya, tapi rasanya tak salah buat review bukan? Yeop buat review pun sebab dah berbulan-bulan guna Unifi Mobile, takkan nak cerita benda baik kot..

Bukanlah, yeop suka hantam sama depa. Biasalah, abang bawang kan. Hahaha

Okeylah, yeop nak bagitaulah. Unifi Mobile sebenarnya berasal dari Packet One (P1) yang popular dengan iklan “Potong” suatu ketika dahulu.

Tapi mereka kena potong dengan Telekom Malaysia (TM) dengan kematian P1 dan bangunkan Webe dan dijenamakan sebagai Unifi Mobile.

Tapi bukan itu yang yeop nak cerita, tapi kisahnya..

Apa spesel sangat dengan Unifi Mobile?

Spesel dengan Unifi Mobile adalah ia menggunakan pencawang sendiri, biasalah di bawah TM. Guna dia pun sedap dilayan, streaming muzik dan YouTube pun sedap. Tapi kalau line 3G, jenuhlah menumpang dari Celcom.

Paling best pun, kalau dok kampung kat Kuala Kangsar menghala ke Gerik pun line cantik, sebab LTE. Digi pun tenggelam. Huhu.

Tapi juga, bukan semua tempat ada LTE.

Harga pakej Internet pun mahal sikit berbanding telco lain. Ia bermula RM13 untuk 1GB Internet Asas (paling kurang pun 3G je) dan RM15 untuk 1GB 3G/LTE + 1GB LTE saja. Habis kouta 1GB 3G, hang kena buka data untuk 1GB LTE pula.

Kalau henset tu sokong LTE Band 5 takpe lagi, kalau hampeh? Hampehlah.

Tapi kalau anda sukakan internet tanpa had, mereka menyediakan pakej LTE sehingga RM20 seminggu.

Kan suka dapat internet tanpa had, tapi tak boleh kalah dengan U Mobile dengan pakej panas Giler GX30.

Best ke guna Unifi Mobile?

Bagi yeop, sangat best sebab mereka bagi kouta internet LTE sehingga 20GB pada permulaannya dengan pendaftaran sehingga lima (5) kad sim. Sekarang mereka dah kurangkan kouta sehingga 2GB dengan pendaftaran hanya satu kad sim sahaja.

Yeop suka lenjan sama dia, tendang-tendang dia, sampai satu tahap simpan balik ke tempat lain. Tapi macam tu jelah jalannya.

Nak topap, boleh guna melalui aplikasi atau kedai runcit terpilih. Dikatakan lebih 15,000 vendor yang terpilih untuk menjual tambah-nilai tersebut. Untuk mengetahui lokasi tersebut, klik di sini.

Dia sediakan RM10, RM30, RM50 dan RM100 dan lepas tu langgan mana-mana data atau panggilan + sms yang inginkan.

Tapi..

Tapi apa yeop?

Yeop tak berapa suka dengan line tu.

Lohhh.. Dah kenapa?

Yeop pernah guna line Unifi Mobile sebagai talian utama, tapi setiap kali dapat panggilan mesti line dia terus jadi 3G. Selepas panggilan pun sama, terus 3G sehingga restart telefon.

Benda ni sebenarnya perkara paling remeh dan malas sebab pengguna sendiri tak suka spoiler-kan permainan atau ber-Facebook. Dah malas nak restart henset sentiasa.

Akhirnya, yeop port-out ke telco lain.

Kalau sekadar untuk guna data, takde masalah. Tapi bateri cepat panas. Bila guna line LTE, tak sampai 10 minit bateri henset jadi panas. Sebab tu yeop tak berkenan dengan Unifi Mobile.

Tukarlah henset terkini, adalah bateri cepat menyusut. Adoii, memang tak sesuai untuk kaki gaming ler.

Kesimpulan

Unifi Mobile sesuai untuk mereka yang malas nak topap tiap-tiap bulan sebab ia tiada tarikh luput. Tapi kalau untuk penggunaan harian, rasanya tak payahlah. Buat nombor backup pun bolehlah.. Tapi juga, masalah juga bila nak topap online atau beli kod pin dekat kedai runcit. Kalau ada jual kat 7-Eleven kan takpe.

Rasanya mereka ada buat untuk pengguna Unifi atau Broadband (Streamyx) dengan bayaran RM99.00 sebulan. Pergilah tengok kat laman web mereka atau mana-mana TM Point seluruh Malaysia.

Bagi yeop, Unifi Mobile yay pada tempoh sah kredit, nay untuk line LTE mereka.

Pro :

  1. Menggunakan rangkaian sendiri (LTE)
  2. Tak payah maintain nombor tiap-tiap bulan
  3. Internet tanpa had (LTE) sehingga RM20/minggu
  4. Panggilan dan SMS murah juga.

Kons :

  1. Tidak sesuai jadi talian utama.
  2. Pakej Internet mahal
  3. Remeh topup guna aplikasi mobile@unifi
  4. Kad PIN topup tidak banyak dijual di kedai popular (spt : 7-Eleven)

Yeop Maz
Lifestyle Blogger and Influencers. Hubungi yeop di yeopmaz@gmail.com atau mssg.me/haiyeop untuk permintaan promosi, review atau event berbayar.
https://yeopmaz.com

5 Replies to “Review Unifi Mobile : Yay atau Nay?

  1. mesti ada pro dan cons kan?
    Liez kat rumah mmg pakai unifi dan ok je.. ada jugak masalah tapi bolehkira la setahun tu

  2. Saya pun tak berapa berkenan dengan unifimobile ni. Ada juga test 1 line. Tapi cam yeop cakap la. LTE dia ok, bab 3G tu menangis.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *