Rugi Jadi Rakyat Malaysia…

By | Ogos 1, 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entri ini bukan nak menaikkan kemarahan sesiapa pun, ini pandangan saya mengikut pengalaman.

Gambar dari Google Images

Gambar dari Google Images

Bismillah…

Pagi tadi saya berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk temujanji doktor. Sementara saya berada di sana, saya melihat ramai yang datang dari berbilang bangsa, Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Saya sempat mendengar percakapan dari rakan-rakan dari bangsa India dengan bahasa mereka, tapi saya tak memahami. Rakan saya tu (bangsa India) ceritakan semula percakapan mereka dalam Bahasa Malaysia.

Barulah saya paham.

Selepas itu saya menulis dalam draft mesej handphone saya dengan ayat ini:

Rugi kita tak belajar bahasa mereka. Konon dok berbilang bangsa tapi taknak bercakap dalam bahasa lain. tak pasal-pasal bangsa lain belajar Bahasa Melayu 🙁

Dan ini yang saya cetuskan persoalan pada anda semua.

Perlukah kita nak belajar bahasa lain (bahasa cina, india dan lain-lain) untuk berhubung dengan mereka? Sebab apa? Apa kontra & pro di sebalik semuanya?

Anda boleh komen atau buat entri, tapi berfokus kepada cerita ini.

Jika anda buat entri, boleh hantar link entri di komen ini.

Mohon pencerahan ya semua 🙂

9 thoughts on “Rugi Jadi Rakyat Malaysia…

  1. TR

    Pada pendapat saya basa yang perlu kita pelajari megikut keutamaan:
    Bahasa Arab
    Bahasa Inggeris
    Bahasa Cina (Mandarin)

    Reply
    1. Khairil Mazri Post author

      tu yang paling wajib utk org Islam, tapi pernahkah kita bertutur dengan baik?

      kalau ingat-ingat lupa takpelah jugak. huhu

      Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *