Tujuh Perkara Yang Anda Tidak Tahu Mengenai Salam Browser

By | Mei 30, 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Anda terbiasa menggunakan Google Chrome sebagai pelayar web kekal (default browser) kerana ia sangat cepat dan mudah diuruskan. Tapi tahukah anda bahawa Google Chrome juga boleh membuka laman web yang tidak sepatutnya dengan hanya menggunakan enjin carian Google? Contohnya, anak anda menggunakan pelayar itu tanpa pengetahuan anda, dengan tidak sengaja anak anda melihat laman web lucah. Akibatnya, anak anda ketagih membukanya lagi dan lagi.

Perkara ini memang patut kita elakkan.

Apa yang perlu anda lakukan adalah memasang (install) Salam Browser yang sepastinya selamat untuk semua warga Islam seluruh dunia.

Apa Itu Salam Browser?

Salam Browser adalah pelayar web yang menggunakan ‘badan’ Google Chrome yang biasanya seluruh dunia mengakui ia sangat-sangat selamat dan pantas, tetapi pelayar tersebut menambah keselamatan dan memyekat melebihi 1.4 juta laman web yang mempunyai unsur maksiat, perjudian dan halaman-halaman lain yang mempunyai kandungan memudaratkan, serta mengehadkan carian video dan gambar berunsurkan maksiat dan keganasan.

Syarikat di bawah SBRO Online Safety Solutions yang berpangkalan di Malaysia menyatakan ia masih dalam Beta. Jadi, mungkin ada sedikit pepijat (bugging) yang masih belum dikenalpasti perlu dinyatakan kepada pihak berkenaan. Jadi, pengguna Salam Browser yang ingin melaporkan masalah-masalah berkaitan pelayar web tersebut akan yeop beritahu di akhir penulisan ini.

Lima Tujuh Perkara yang anda tidak tahu mengenai Salam Browser

Salam Browser adalah pelayar web yang mementingkan adab dan sopan santun kepada Umat Islam seluruh Dunia yang sepatutnya kita ada dalam hati kita. Selain itu, anda mesti tidak tahu kandungan-kandungan yang termasuk dalam pelayar web itu. Mari yeop kongsikan.

  1. Ia mempunyai keselamatan di atas talian. Masalah-masalah seperti pemancingan (phishing) maklumat-maklumat peribadi seperti Nombor Kad Kredit, Nama Penuh, Alamat semakin berkurangan apabila anda menggunakan pelayar web Salam Browser kerana anda boleh mengawal penggunaan Internet anda di mana-mana laman web yang mempunyai kunci di bahagian bar alamat (address).
  2. Anda juga boleh muat turun dari YouTube ke komputer anda. Ya, betul tu. Anda tidak akan memerlukan perisian-perisian yang memerlukan maklumat-maklumat dari komputer anda kerana satu pemalam (plugin) yang boleh memuat turun video Youtube terus ke komputer anda terus. Mudah saja, anda layari Youtube.com –> Cari video yang anda suka –> Cari bar seperti di bawah ini dan klik saja ‘Download’. Mudah sangat. Suka yeop ingatkan bahawa pemalam ini hanya untuk Salam Browser sahaja, Google Chrome tidak ada pemalam itu.video-downloader
  3. Tiada iklan spam. Salam Browser menghalang iklan spam yang sangat annoying apabila anda terklik laman web yang memenuhi iklan-iklan entah apa-apa entah untuk keselesaan pengguna secara keseluruhan.
  4. Lindungi Privasi Diri dengan VPN. Jika anda ingin selamat melayari intenet, Virtual Private Network (VPN) adalah jalan penyelesaian. Anda boleh memilih negara-negara untuk forward dari negara Malaysia untuk keselamatan anda sendiri. Tapi kemungkinan VPN itu sendiri tidak akan digunakan kerana atas-atas sebab tertentu.
  5. Ia selamat kepada semua orang. Pelayar web ini telah menyekat lebih 1.4 juta laman web yang melanggar etika dan merosakkan akal seperti perjudian, laman-laman lucah dan kandungan-kandungan lain yang memudaratkan. Jadi, anda boleh menafas lega kerana ia selamat kepada anak-anak dan kita sendiri.
  6. Tiada bayaran dikenakan. Pelayar web itu boleh dimuat turun secara percuma. Maksudnya, anda tidak memerlukan nombor akaun bank atau kad kredit anda semata-mata hendak menggunakan pelayar web tersebut. Kenapa anda kena bayar kalau anda boleh dapatkan secara percuma?
  7. Projek Pelayar Web Paling Berjaya. Tahukah anda bahawa projek ini adalah projek paling berjaya? Walaupun ia tidak dinyatakan dalam laman web salambrowser.com, tetapi bagi yeop ia adalah projek pelayar web paling berjaya di dunia kerana setahu yeop ramai yang sukar membina dan menambah pemalam yang sangat sukar untuk kepentingan pengguna Internet. Jadi, yeop respek habis kepada pembangunan perisian itu. Salute!

Jadi, perlukah anda menggunakan Salam Browser? Sudah semestinya! Anda boleh muat turun perisian Salam Browser di salambrowser.com.

Jika anda ada pertanyaan mengenai Salam Browser, anda boleh:

  1. Menghantar emel kepada: hello@salambrowser.com
  2. Halaman Facebook Salam Browser

Salam Browser – Pelayar Web Prihatin Anda.

6 thoughts on “Tujuh Perkara Yang Anda Tidak Tahu Mengenai Salam Browser

  1. mohamad faizal

    assalamualaikum ..sy dh download salam broswer ..nak tanya mcm mane nk download video you tube dlm HP ? xde pon bar download seperti di nyatakan? mohon bantuan

    Reply
    1. Yeop Maz Post author

      kalau dari Android takde butang download.

      disyorkan gunakan app Youtube atau tubemate.net untuk muat turun.

      Reply
  2. sabree hussin

    Ni kali pertama dengar pasal salam browser ni 😀 Ada nama-nama islamic kat situ

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *