Santai Di Pantai Saujana Port Dickson

By | Januari 31, 2015

Assalamaulaikum dan selamat sejahtera.

20150124_104136000_iOS

Minggu lepas yeop mula merantau dua hari satu malam di Port Dickson Negeri Sembilan untuk mencari ilham dan kenangan bersama si dia. Sebenarnya yeop dah pergi ke sana beberapa kali sepanjang 3 bulan dan yeop mengakui bahawa tempat ini yang paling yeop suka dan mendapat ketenangan setelah hampir seminggu bekerja di pejabat. Lagipun yeop gembira kalau si dia turut bersama dengan yeop.

Sepanjang perjalanan yeop ke sana, banyak perkara yang selalu yeop fikirkan seperti keadaan di sana atau sesuatu. Akhirnya yeop buat keputusan untuk ke Pantai Saujana. Di sana, yeop dapat melihat laut yang surut seketika ditemani oleh matahari terbenam.

20150124_103410000_iOS

20150124_103614000_iOS

Memang betul, bila tengok laut sangat tenang dan aman. Yeop bersyukur kepada Allah kerana negara Malaysia masih aman dan tenteram walaupun beberapa tempat yang dianggap sebagai ancaman dunia.

IMG_20150124_185829

Nota: yeop memang tak suka ambil gambar banyak. Sekali sekala bolehlah. hehehe

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *