Apa Yang Macam Best Dalam Sepetang Bersama Blogger 2014 #sbb2014?

By | Februari 3, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

#SBBYEOS2014

Yeop rasa nak tulis sesuatu tapi… takpelah walaupun yeop sendiri tak pasti nak pergi ke tak, sekurang-kurangnya yeop cerita juga kat kome semua.

Hari semalam, blogger Denaihati.com telah mengumumkan perjumpaan antara blogger-blogger seluruh Malaysia, Singapura dan Indonesia yang dikenali sebagai Sepetang Bersama Blogger untuk kali ketiga.

Sebenarnya yeop sendiri tak tahu mengenai perjumpaan tu, apabila tidak menyertai Grup Facebook Denaihati Network tahun lepas. Bila tengok ramai pergi sana, rasa macam menyesal tak sudah. Tapi tahun ini, In Sya Allah yeop cuba sertai rakan-rakan lain seperti Tuan Denaihati Ilham, akak Ku Jie, sahabat lama Rayyan Haries dan ramai lagi yang bakal yeop nak kenal.

Perjumpaan ini telah ditaja oleh Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad, yeop rasa bersyukur sangat kerana ada juga nak taja kami semua kan kan kan. 🙂

Dengan ramai blogger turun di Saloma Bistro, Jalan Ampang pada 8 Mac ini, mesti meriah sangat… huuuu

Apa yang best sangat sampai nak pergi sana jugak? Haaaaa…

Di sana, ada cabutan bertuah yang bernilai berpuluh-puluh ribu ringgit… Fuh, siapa yang tak nak kan, ada i-Phone 5S, i-Phone 5C, GPS Garmin, Ipad Mini pun ada!! Kalau macam yeop, meleleh air liur tau, macam nak je… ishhh. Hanya RM20 sahaja, kome boleh dapatkan hadiah ini, kalau bernasib baik heeeee

Rugi kalau tak sertai!!!

Nak lebih lanjut boleh layari sbb.my atau klik banner di atas atau sidebar kanan dan terus daftar di sana.

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Moh kome meriahkan lagi yok!

4 thoughts on “Apa Yang Macam Best Dalam Sepetang Bersama Blogger 2014 #sbb2014?

  1. akubiomed

    Sudah daftar tunggu hendak menghadiri #SBB2014.

    Rasanya kalau panggil Fatin Liyana dan Hanis Zalikha sebagai panel lagi ramai yang hadir. 🙂

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *