Cerita Yeop di #SBBYeos2014

By | September 3, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

image

Alhamdulillah, berakhir juga event Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2014 semalam.

Kali ini yeop buat melalui pecahan 3 episod.

Episod pertama yeop ceritakan bagaimana yeop sampai di Saloma Bistro semalam.

Episod kedua dan ketiga akan dibuat entri pada hari esok dan lusa.

Yeop sebenarnya teruja dengan event terbesar antara blogger seluruh asia tenggara. Dapat jumpa mereka yg sekepala dengan yeop, ramai lagi yg yeop bakal jumpa di sana.

Yeop beli tiket di Stesen Keretapi Kuala Kangsar pada khamis lepas, kebetulan yeop beli pun masih ada kosong. Dengan harga RM14 sahaja yeop akan sampai di sana.

Yeop teruja sangat sampai yeop balik kampung ke Kuala Kangsar pada malam sabtu. Memang yeop takkan duduk diam takut terlepas tren sebab naik tren pada jam 1.45 pagi hari semalam.

Akhirnya yeop sampai di stesen jam 12.00 tengah malam. Masa tu memang tak ramai pun. Dah masa naik tren baru ramai pergi ke sana.

Masa yeop di dalam tren, yeop tak boleh tidur sebab cahaya dalam tren sebab yeop terbiasa sangat tidur dalam gelap.

Yeop menunggu dan menunggu dari stesen ke stesen lain. Bayangkan yeop tunggu punya tunggu sampai betul2 sampai di Stesen KL Sentral jam 6.30 pagi.

Setelah sampai di sana, yeop ada hantar status di Facebook dan Twitter. Mujurlah Acik Mohd Izahar Sabtu membalas komen yeop. Dia sendiri tak dapat nak tolong yeop.

Bila tiada jawapan, yeop cuba melilau dari KL Sentral sampai jumpa tren LRT untuk ke Masjid Jamek Kuala Lumpur.

Kali pertama yeop menjejak kaki di Masjid Jamek yeop sangat teruja dengan kecantikannya kebetulan pula sebelah dengan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Bila yeop nak masuk Masjid yeop dihalang masuk oleh penjaga masjid dgn alasan telah ditutup dan dibuka semula jam 12 tengahari. Yeop merayu minta masuk dalam masjid, akhirnya yeop diberi kebenaran masuk.

Setelah selesai semuanya, yeop hampir sesat di stesen LRT apabila tersilap masuk stesen lain. Yeop naik stesen melalui Kelana Jaya Line sampai Dang Wangi. Terima kasih kepada penjaga Masjid kerana menunjukkan jalan ke sana walaupun yeop kabur-kabur ke sana.

Bila sampai di sana, tengok ramai menggunakan LRT di sana. Nampaknya ada kesedaran kepada pengguna bandar. Alhamdulillah yeop dah sampai ke Dang Wangi.

Yeop teruskan perjalanan ke Saloma Bistro yg dekat dengan KLCC, kebetulan pula ternampak bangunan KLCC di situ dengan berjalan kaki.

Tanya pada guard hotel dekat mana Saloma Bistro, beliau tunjuk depan tu je. Ya-Allah dah sampai? Tengok jam masih awal lagi, jam 8.30 pagi masa tu.

Akhirnya yeop sampai di situ…

Bersambung…

Gambar boleh dilihat di instagram yeop.

Kemaskini 10/03/2014 4.55 pagi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nampaknya ramai yang mengucapkan tahniah kepada yeop di atas kemenangan dalam game mengira kad bisnes. Tapi sebenar lagi…

Sambutan di Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s pada tahun ini sangat merah eh meriah juga sebab akan disambut dari blogger dari Malaysia dan Indonesia dengan kemeriahan yang tak disangka. Bayangkan dalam 300 orang hadir dalam event ni.

Gambar di sana boleh dilihat diΒ instagram yeopΒ atau Twitter dengan menggunakan #SBBYEOS2014 atau #SBB2014.

Kali pertama yeop berkenalan dengan blogger-blogger yang yeop kenal, ada yang baru kenal, ada yang belum kenal. Alhamdulillah, yeop duduk di meja 30 bersama Nurmujahidah The Lady Warrior (bukan The Red Warrior), Ustazah Ain (baru berkenalan dengan beliau, terima kasih kerana sudi bersama yeop sepanjang event ini), Mawardi Yunus (kenal di Facebook, tapi di event kelmarin hampir tak kenal muka huhu) dan ramai lagi.

Yang yeop salute 1000 persen adalah geng-geng Denaihati Network yang tak habis-habis buat persiapan dari awal sehingga habis event. Komited untuk menjadi terbaik. Alhamdulillah.

Yeop juga berpeluang berjumpa dengan Tuan Denaihati Ilham (memang yeop nak jumpa sangat dengan beliau dan alhamdulillah, yeop dah jumpa) siap ambil shot lagi. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Artis yang hadir semasa event tu adalah Norman Hakim yang sangat mesra bila bertemu yeop dan sudi mengambil gambar. Oh ya, yeop juga memberi kad blog kepada beliau, dan Alhamdulillah dia terima kad yeop. Siap berkata lagi “Yeop?” “Haah, panggilan di negeri Perak.”

nhkm

Artis berikutnya adalah Zarul Umbrella (semestinya ramai kenal dengan lagu Ramalanku Benar Belaka dan dinyanyikan semula dengan rentak segar) yang yeop taktau nak cakap apa. Ya-Allah yeop kaku mulut! Akhirnya yeop bagi kad blog dekat beliau dan beliau terima kad dengan ikhlas. Siap buat selfie lagi. Lihat diΒ instagram yeop.

Seterusnya yeop cuba ambil peluang dalam permainan yang dianjurkan oleh Yeo’s sendiri. Soalan berkaitan syarikat yeo’s dan jenama yeo’s di Malaysia. Yeop cuba jawab soalan dan dapat juga satu beg berisi 1 karton air kotak yeo’s Yogurt Orange dan maggi Cintan.

Yeop cuba lagi permainan minum 2 air kotak siapa cepat dia dapat. Sebenarnya yeop perut kembung bila naik pentas, tapi punyalah semangat kesukanan yeop pergi juga dengan Bro Framestone (boleh pula dia block yeop time nak ke sana.. huhu)

air kotak

Bila menang segmen yeo’s yeop rasa gembira, tapi dalam hati yeop nak sangat menang gajet atau pakej pelancongan.

Yeop tau ramai takkan baca tweet yeop tapi Irwan Alessa perasan tweet yeop dengan penuh perasaan. Mungkin Tuan Denaihati dan tim Denaihati Network terbaca tweet yeop.

Akhirnya segmen bersama Tuan Denaihati dan jemputan dari blogger artis yang terhangat di Malaysia seperti Redmummy.com, zarulumbrella.com dan HazmanFadzil.com (beliau pernah masuk dalam Malaysia Hari Ini hari selasa lepas) berkongsi pengalaman dalam menulis blog.

Dah selesai forum, terus dengan permainan kad blogger paling banyak. Beliau nak 45 kad blogger naik di atas pentas. Yeop punya semangat kesukanan sebab yeop memang dah jangka mesti ada permainan ini, dan hadiahnya adalah iPhone 5C.

Bila yeop yakin diri sendiri, yeop cuba naik pentas dengan mengira kad yang ada dalam beg sepanjang hari tersebut. Kira punya kira terlebih satu. Jadilah 46 kad di tangan, dan yeoplah pemenangnya.

Yeop punya tahan sebak di atas pentas, tapi terpaksa juga melepaskannya di atas pentas. Alhamdulillah, tuan Denaihati memahami perasaan yeop.

BiMKmoNCUAAxG-5

Yeop tak malu dengan tangisan ini, tapi yeop sangat bangga kepada diri sendiri kerana berusaha lebih untuk mendapatkan gajet idaman yeop selama ini hanya dilihat di televisyen, blog atau tangan mereka sendiri. Yeop sangat cemburu bila ramai dapat gajet mewah dan mahal melalui cabutan bertuah. Memang rezeki yeop tiada di cabutan bertuah, tapi rezeki yeop ada di permainan ini tanpa disangka.

Alhamdulillah, yeop sangat bangga kepada diri yeop sendiri. Syukran syukran syukran.

Bila terkenang kembali cerita tu, yeop rasa seronok kerana tidak sia-sia datang ke Saloma Bistro tanpa tangan kosong. Alhamdulillah…

Selepas tamatnya event ini, yeop ditemuramah oleh pasukan iluvtour.com (sebenarnya mereka duduk semeja dengan yeop. sebab tu mereka tau…) Alhamdulillah yeop menjawab soalan mereka dengan sebaiknya. (tiada video ditemuramah di youtube mereka)

Dengan hadiah mewah ini, yeop merasakan diri sendiri jadi terbaik. Alhamdulillah.

cheese

Tengok kan, ramai sangat datang, sampai penuh stage. hehe

Apapun tahniah kepada semua yang datang dari Sabah (jauh sangat tu… hehe) untuk event kali ini. Tahniah juga kepada semua pasukan Denaihati Network dengan semangatnya bina network bukan hanya di Grup Facebook, tapi di alam nyata. Tahniah yeop ucapkan!

Tahun depan insya-Allah yeop datang lagi ke Sepetang Bersama Blogger 2015 (mungkin ditaja lagi kan hehehe). Terima kasih semua. Kita jumpa lagi ya πŸ™‚

Oh ye, terima kasih tak terhingga kepada semua blogger kerana add yeop sebagai rakan blog di Facebook dan mengucapkan tahniah kepada yeop dengan hadiah semahal ini.

yeopdaniphone

Sebelum ini, jom kita baca entri Bro Framestone, Hasrul Hassan, ILuvTour,Β Azwan Anuar, Akma Omar,Β Hafiz Mohd,Β Kak SyuhadaΒ dan sahabat dari Indonesia, Anazkia.comΒ (rasanya ada pernah jumpa tapi lupa dah) πŸ™‚

Yeop balik ke Kuala Kangsar dari KL Sentral menaiki tren keretapi jam 9.30 malam sampai 2.30 pagi dan terus balik ke Gerik. Alhamdulillah…

Semoga persahabatan ini akan berkekalan hingga akhir hayat, amin ya-Rabbal Alamin.

Nota: Cerita yeop dengan iPhone 5c bermula di sini. jemputlah baca ya πŸ™‚

Sedikit gambar perjalanan yeop dari Kuala Kangsar Ke Kuala Lumpur.

Berani Berubah Sebelum Anda Diubah Oleh Seseorang

80 thoughts on “Cerita Yeop di #SBBYeos2014

  1. DayangDeno

    Bestnya dapat pergi….! Deno teringin nak join juga SBB tu tapi deno buat CAPD, susah sket kalau ke mana-mana tanpa ma abah.. tambahan abah cepat risau deno ni.. hihi^^ btw, tahniah sebab yeop menang hadiah! ^_^

    Reply
  2. AyueJean AJ

    Tahniah Yeop…
    Bersua muka jugak kite ye……
    Kami kat bawah pun terharu tengok Yeop menitiskan airmata atas pentas tu tau….

    Reply
    1. Khairil Mazri Post author

      Alhamdulillah akak, yeop sgt bersyukur kerana dapat jumpa akak yg cantik ni hehe. Terima kasih ya insya-Allah kita akan jumpa lagi πŸ˜‰

      Reply
  3. Aniq Bukhary

    Tertarik jg cte pasal masjid Jamek tu. Masa first time sampai masjid dulu, memang guard x bg masuk. ada masa2 tertentu.

    Tapi kalau pelancong luar buat lawatan, relax je dia bg masuk waktu untuk melawat katanya.. tu yg x puas hati tu.

    Jadi persoalan yang timbul, Masjid nie dibina sebenarnya untuk apa? untuk pelancongan ke untuk umat islam beribadah. kenapa nak dekat solat fardhu je baru ble msuk.

    Mohon pihak yang bertanggungjawab pandang serius benda nie… πŸ™

    Reply
    1. Khairil Mazri Post author

      entahlah bro, yeop sangat terkilan masa tu. apapun yeop harap sangat agar mereka tidak memilih bulu utk umat Islam juga.

      kesian sesiapa yang nak masuk utk mandi atau pergi tandas.

      Reply
  4. Norhasniza Khalid

    salam yeop, pertama mengenali blogger yeop melalu blog kak syuhada.com,
    salam perkenalan dari mama, tak sia-sia yeop datang dari jauh kan.. syukur rezeki, mama tak berkesempatan ke sana kerana mungkin belum rezeki…

    apapun, tahniah ye yeop…

    Reply
  5. Azri Johan

    Awal-awal sampai dah kenal dengan Yeop sebab bangun pagi tu pukul 4 ternampak Yeop post gambar di Instagram.. huhu

    Best dapat kenal dengan Yeop. Tahniah ya menang iPhone 5C cantik tu πŸ˜€

    Reply
    1. Khairil Mazri Post author

      hehe yeop memang suka ambil gambar dan pos ke instagram. sekurang-kurangnya yeop tau nak pergi mana dengan gambar tu. hehehe

      yeop tak sangka dapat jumpa bro. insya-Allah kita akan bercerita panjang lagi, boleh together-gether hehe

      terima kasih ya… inilah rezeki yeop πŸ™‚

      Reply
  6. Hafizul

    Tahniah bro..bukan senang nak jadi insan bertuah macam ni,..hehe..dapat ilmu dan dapat iphone tu satu nikmat yang tak terkata..hehe

    Reply
  7. Ismail N

    Ini blog Yeop rupanya. Ambil masa gak nak mencari pemenang Oscar πŸ˜€ Apa-apa pun tahniah atas hadiah tu. Semoga bertambah rezeki di masa akan datang hendaknya.

    Reply
  8. reezluv

    congrats yeop..xdpt nk smbang sangat ngan ko aritu..ehehe..apa pun semua tu pengalaman berharga yg susah sesape nak dpt..memnag bernilai dan kompem priceless..:) moga dpt jodoh juga di sbb…ahaks

    Reply
    1. Khairil Mazri Post author

      terima kasih bro.

      pengalaman yg yeop hadapi sekarang ni sebagai batu loncatan utk semangat yeop.

      insya-Allah kalau ada jodoh takkan ke mana πŸ™‚

      Reply
  9. Syuhada Baharudin

    tahniah yeop. saya kagum dengan semangat yeop. yeop juga buat saya rasa sebak masa atas stage tu.. agak terkilan, kita tak dapat bergambar bersama.

    apapun tahniah sekali lagi. yeop memang layak!

    Reply
  10. Anarm

    Tahniah yop.. Menang hadiah yang diidam-idam, kalau aku pun aku akan nangis jugak kot.. Tak sia-sia datang dari jauh, dapat menang hadiah gadjet.. Tahniah sekali lagi..

    Reply
  11. ejam

    Tahniah Yeop.
    Memang rezeki yeop nak menang gajet baru di SBB2014 tu.
    Lagipun inisiatif yeop untuk mengumpulkan 45 keping kad nama tersebut berbaloi, selain network berkembang dapat hadiah lagi.

    Lepas ni bleh berselfie dengan iphone5c ler yer… πŸ™‚

    Reply
    1. Khairil Mazri Post author

      terima kasih bro ejam.

      yeop memang berniat nak simpan kad bisnes utk rujukan yeop, tapi tak sangka dapat hadiah semahal begini.

      yeop masih belajar guna 5c lagi. bayangkan ada galaxy s3 sekali, nak guna mana satu pun taktau. huhu

      alhamdulillah πŸ™‚

      Reply
  12. hafizmd

    Tahniah yeop…nak dijadikan citer…mse tuan denaihati mntk bwk 45 keping kad…bro boni kacak terus sbut nama yeop boleh menang…mase tu yeop tak naik lagi…bila yeop dah naik..kami kt meja 21 dah excited dan hrp yeop mng sbb tau yeop antara yg berkobar smgtnya awl pg gerak dr kk…terharu kmi tgk smgt yeop…smga smkin kuat smgt utk blogging…tahniah yeop

    Reply
    1. Khairil Mazri Post author

      wah ada tulang belakang di sebalik cerita yeop ni. hehe apapun terima kasih kepada bro dan rakan2 blogger semua. yeop takkan lupa jasa rakan2 semua πŸ™‚

      Reply
  13. Bro Framestone

    La.. Mike orang Perak rupanya…

    Atenya napa tak habaq mai dekat bro… Bro dari Perak gak pagi tue… bawa Fisha… singgah Rawang mandi sat baru g ke SBB

    Reply
    1. Khairil Mazri Post author

      bro, sorilah yeop memang berniat nak survive sendiri. yeop nak tengok tempat orang. apapun yeop ucapkan terima kasih dengan jemputan bro.

      insya-Allah yeop halo2 bro πŸ™‚

      Reply
  14. Hazman Fadzil

    Hurmmm….. memang aku terharu jugak dengan kisah ko nie yeop…. semoga lepas ni akan lebih bersemangat lagi untuk aktif dalam dunia blogging yea…

    Reply
    1. Khairil Mazri Post author

      terima kasih bro. yeop tabah sangat menghadapi cabaran kini, cuma yeop perlukan semangat semua.

      insya-Allah yeop berusaha lebih untuk menjadi mereka.

      Reply
    1. Khairil Mazri Post author

      hehe boleh je.. πŸ™‚

      terima kasih banyak2 bro kerana buat event sebesar ini. yeop respek dgn tim bro πŸ˜€

      Reply
  15. akubiomed

    Tanniah kepada Yeop yang tidak pernah putus-putus join contest dan game di SBB14. Berbaloi kemenangan iPhone 5C

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *