Sebenarnya, Inilah Perkara Yang Lelaki Idamkan Dalam Perhubungan

By | Disember 17, 2015

image2

Bukan sukar untuk memahami si jejaka. Mereka hanya inginkan wanita yang benar-benar sesuai untuk dijadikan teman. Kenali si dia secara dekat dan ketahui apa yang mereka idamkan daripada anda.

1. Kejujuran

Seorang lelaki budiman ingin pasangannya seorang yang jujur dan bijak menambat hatinya. Kejujuran ialah perkara paling penting bagi lelaki kerana mereka inginkan wanita yang boleh berkata benar walaupun dirinya melakukan kesilapan. Jujurlah kepada lelaki kerana mereka akan menghargai kejujuran yang anda zahirkan. Secara taktikal, jujur tidak perlu ketika situasi kritikal sahaja sebaliknya ia melambangkan ketinggian maruah anda yang diangkat sang jejaka. Oleh itu sedikit tip untuk wanita ialah sentiasa membina hubungan berdasarkan kepercayaan dan berkata jujur sekiranya terdapat perkara yang kurang menyenangkan hati anda. Baik jujur daripada anda yang sakit hati.

2. Hubungan Bebas Manipulasi

Lelaki tidak mahu dimanipulasikan dalam apa jua keadaan. Mereka tidak mahu membaca fikiran pasangan mereka atau cuba mentafsirkan isyarat yang diberikan. Oleh itu, jangan sesekali memanipulasi sang jejaka kerana lelaki tidak suka dipermainkan dan paling pasti janganlah asyik mengkritik sebaliknya perbanyakan kata-kata pujian atas dasar pengiktirafan kasih sayang anda terhadapnya.

3. Berdikari

Lelaki inginkan seorang teman yang tahu berdikari serta bijak dalam menguruskan diri. Wanita yang berdikari ini dilihat sangat sempurna di mata seorang lelaki. Mereka menggambarkan sifat ini dengan pengawalan emosi yang stabil bagi seseorang wanita. Selain itu, ia turut melambangkan identiti tersendiri seorang wanita serta kayu pengukur dalam membuktikan anda jenis yang mudah untuk bergaul bersama teman-temannya.

4. Dinamik, Bertanggungjawab & Matang

Lelaki inginkan teman untuk mereka bergelak ketawa serta seorang yang mempunyai keyakinan yang tinggi. Mereka juga mahukan seorang wanita yang boleh melihat sesuatu hubungan secara dinamik. Lelaki suka melihat wanita bijak membangunkan dirinya sendiri, bertanggungjawab dan tahu mengawal emosi. Kebanyakan wanita merasakan si lelaki akan mencari teman persis model dan bukannya mencari seseorang yang pintar. Oleh itu, kematangan sahaja yang boleh menentukan jangka hayat sesuatu perhubungan.

5. Komitmen & Kesetiaan

Sudah pasti kesetiaan menjadi tunjang utama dalam sesebuah perhubungan. Lelaki juga inginkan teman mereka seorang yang memahami komitmen serta memahat kesetiaan di antara satu sama lain. Kesetiaan ialah sesuatu yang mutlak. Walaupun kebiasaannya lelaki kurang menitikberatkan nilai ini tetapi mereka juga tetap mempunyai keinginan untuk serius dalam sesebuah perhubungan.

6. Pandai Memujuk

Lelaki memang terkenal dengan sifatnya yang ego. Mereka merasakan apa yang dilakukannya sentiasa tepat walaupun hakikatnya memang kesalahan itu datang daripada mereka sendiri. Selain gemar dipuji,lelaki paling tidak suka mengaku kesilapan yang dilakukannya. Oleh itu, sekiranya berlaku perselisihan faham, anda perlu bijak memainkan peranan dengan bertindak untuk memujuk si jejaka. Lelaki sangat suka apabila dipujuk kerana ini membuktikan pujukan anda mampu mencairkan hatinya.

Sumber: Remaja

One thought on “Sebenarnya, Inilah Perkara Yang Lelaki Idamkan Dalam Perhubungan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *