Sedangkan Lidah Lagi Tergigit…

By | Februari 6, 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sumber dari Google Imej

Sumber dari Google Imej

Mungkin tajuk ni ditujukan kepada si dia atau sesiapa saja yang membaca entri ini.

Tahukah anda bahawa kita dah menunggu hampir setiap hari untuk mesej dan kol dia. Bila dapat kol dan mesej, satu perkara yang sering kita buat adalah bersikap dingin dan mementingkan diri sendiri.

Kita faham bahawa setelah hampir 8 hingga 9 jam kita bekerja di pejabat. Ada kalanya kita bekerja pada waktu shift (kerja siang atau malam) tapi sekurangnya beritahu atau mesej walau sepatah, contohnya kalau mesej “selamat pagi” ke, balaslah. Jangan hanya baca saja.

Sekarang masalahnya bukan berpunca dari dia atau kita, masalahnya adalah ketidakfahaman antara satu sama lain. Kata nak kahwin mestilah perlu sama saling memahami, sama jugak kalau kita berpasangan.

“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri”

Kalau dah gaduh disebabkan diri, cepat-cepat minta maaf kat pasangan kita. Kita tak tau apa akan jadi nanti, sebab itu ketentuan Qada’ dan Qadar Allah. Kalau dah gaduh disebabkan pasangan, biarlah dia melepaskan kemarahannya sampai dia okey. Walaupun pasangan marah, sekurangnya dia bertanya khabar kepada dia. Nanti dia akan cari kita.

Cubalah dulu, insyaAllah menjadi.

3 thoughts on “Sedangkan Lidah Lagi Tergigit…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *