Sedikit Penghargaan, Sejuta Kebanggaan.

By | Januari 24, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini yeop pergi ke Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak, Gerik, Perak untuk berjumpa dengan Tuan PPD sendiri.

Sebenarnya yeop tak sangka, bila melihat surat tu, yeop rasa takut-takut walaupun yeop tak buat salah apa-apa.

Yeop pergi juga akhirnya.

Dengan berpakaian Baju Melayu bersampin, yeop gagah jugak bersama rakan-rakan sepejabat.

Selepas kami semua habis baca Yaasin berjemaah, timbalan PPD selaku Pengacara Majlis menjemput kami semua menerima sijil penghargaan.

Baru yeop tau sebab apa.

Yeop suka buat kerja dalam talian (online) pun diberi sijil penghargaan dari Tuan PPD sendiri.

IMG_20140124_140908

Sebenarnya yeop menolong pegawai di PPD untuk sistem HRMIS dan sebab tu yeop tak kesah kerja hari sabtu dan ahad.

DSC_0013

Alhamdulillah, yeop rasa dihargai oleh pejabat tu, berbanding di sekolah yeop kerja sekarang ni. Biarlah yeop rasa penat asalkan yeop rasa bangga dengan pencapaian yeop sendiri.

Akan datang, yeop kerja macam biasa, di tempat yeop kerja sekarang sampai yeop pindah jauh ke tempat kerja baru yeop.

Oklah yeop tutup cerita. Wassalam 🙂

10 thoughts on “Sedikit Penghargaan, Sejuta Kebanggaan.

  1. Fadhil

    Bagus – bagus. kerja bila ikhlas, insya Allah ada balasan yang baik menunggu

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *