Sejarah Kalendar Gregorian yang Buat Anda Terkejut!

By | Januari 1, 2019

SELAMAT TAHUN BARU!

Sistem kalendar bermula dengan kalendar Roman yang diasaskan Romulus (pengasas Rom) yang asalnya hanya mempunyai 10 bulan sahaja. Kalendar itu kemudian ditambah 2 bulan lagi menjadikannya 12 bulan pada abad ke-8 Sebelum Masihi.

Pun begitu, sistem kalendar ini masih ada kekurangan dan akhirnya diperbaiki oleh Julius Caeser dengan bantuan ahli astronomi dan matematik ketika itu, lalu dinamakan sebagai ‘Kalendar Julian’ yang digunakan sejak tahun 45 SM. Daripada situlah penggunaannya kemudian disempurnakan lagi menghasilkan ‘Kalendar Gregorian’ pada tahun 1582, sistem tarikh hari dan tahun yang kita guna pakai pada hari ini.

Ketika zaman kalendar Julian, Julius Caesar mengisytiharkan 1 Januari sebagai permulaan tahun baru kalendar tersebut. Januari diambil sempena nama Janus, Tuhan permulaan masyarakat Rom (God of Beginning). Mereka akan menyambutnya dengan bertukar hadiah dan melakukan korban, juga berpesta.

Kalendar Gregorian yang dunia pakai hari ini bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember. Kalendar ini diasaskan daripada Kalendar Julian yang dinilai kurang tepat kerana permulaan musim bunga yang lebih awal.

Kalendar Gregorian dicadangkan oleh Aloysius Lilius, seorang doktor, ahli astronomi dan falsafah dari Itali dan mula diguna pakai pada tahun 1582. Sebelum itu, bukan semua negara mahu menggunakan kalendar ini. Britain hanya setuju menggunakannya pada tahun 1752 manakala Rusia pada 1918, sebelum pada hari ini, satu dunia menggunakan kalendar ini untuk memudahkan semua urusan dan catatan kronologi yang berlaku.

Oh ya, korang tahu tak apa maksud nama2 bulan dalam kalendar ini dan macam mana ia dapat nama?

JANUARI – diambil daripada nama Tuhan bangsa Rom bernama ‘JANUS’ yang digambarkan berwajah dua, sebelah wajahnya melihat ke belakang dan sebelah lagi ke depan.

FEBRUARI – Diambil daripada bahasa latin ‘Februo’ yang bermaksud kesucian. Bangsa Rom dahulu akan melakukan upacara pembersihan jiwa pada bulan ini.

MAC – Nama Tuhan perang bangsa Rom iaitu ‘Mars’.

APRIL – Diambil daripada bahasa latin ‘Aperto’ yang bermaksud berkembang. Biasanya pada bulan ini bunga2 berkembang mekar.

MEI – Daripada perkataan ‘Maia’ iaitu nama seorang puteri dari dewa Rom bernama Atlas.

JUN – Berasal daripada ‘Juno’, nama salah satu Tuhan bangsa Rom.

JULAI – Berasal daripada bahasa latin yang bermaksud lima kerana ia merupakan bulan kelima dalam calendar Romulus (permulaan calendar Rom).

OGOS – Nama lamanya ‘Sextiles’ yang bermaksud bulan keenam. Namun ketika Raja Augustus memerintah, beliau menukar nama bulan itu kepada namanya menjadi bulan kelapan.

SEPTEMBER – Berasal daripada bahasa latin ‘SEPTEM’ yang bermaksud tujuh. Pada mulanya ia adalah bulan ketujuh, sebelum ditukar menjadi bulan kesembilan.

OKTOBER – Daripada bahasa latin ‘Octo’ yang bermaksud lapan, tapi kemudian diubah kedudukan menjadi bulan ke-10.

NOVEMBER – Daripada bahasa latin ‘Novem’ yang bermaksud sembilan, sebelum diubah kedudukan menjadi bulan ke-11.

DISEMBER – Berasal daripada bahasa latin ‘Decem’ yang bermaksud sepuluh, kemudian diubah kedudukan menjadi bulan ke-12.

Menurut kajian, sambutan tahun baru sudah bermula sekitar 4000 tahun dahulu di Babylon. Mereka menjadikan ia sambutan keagamaan yang turut disertakan dengan beberapa ritual, selain meraikan kemenangan Tuhan langit mereka, Marduk yang mengalahkan Tiamat (tuhan laut yang jahat).

Hah, korang yang dok couple tu jangan nak macam2 pula di malam tahun baru ya…

Sumber dari X-Mastika

2 thoughts on “Sejarah Kalendar Gregorian yang Buat Anda Terkejut!

  1. Xplorasi Destinasi

    Setiap kali peralihan tahun baru, manusia jadi bebal membuat kesesakan atas jalan raya hingga menyusahkan pengguna lain nak balik kerja dan melambatkan ambulans untuk tiba ke destinasi… Ya, every year without fail.

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *