Selamat Hari Cikgu 16 Mei

By | Mei 16, 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

selamat hari guru

Google pun sambut hari cikgu kan?

Hari ini adalah hari yang paling gembira oleh cikgu-cikgu di Malaysia, walaupun cikgu dah berpencen berpuluh-puluh tahun atau baru berpencen. Ya, semua orang tak kira bebudak sekolah, mak bapak dan orang kampung dan bandar memberi ucapan kepada cikgu yang mangajar kita dahulu dan sekarang.

Dengan temanya untuk tahun 2015 iaitu “Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak” mempunyai maksud tersirat di sebalik tema tersebut.

Bagaimana kita ingin membina ilmu di samping menyempurnakan akhlak murid-murid di sekolah?

Di sekolah, murid-murid akan diajar oleh guru-guru yang mengajar dari pelbagai subjek, iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dan menggunakan ilmu itu untuk kebaikan murid sendiri. Selain itu, akhlak dan kesopanan serta kesusilaan  turut diajar melalui subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah. Bagaimanapun, masalah sosial murid-murid yang biasa kita dengar seperti melepak, merokok, zina, buli dan masalah-masalah lain turut berada di jiwa murid-murid itu sendiri.

Kadang-kadang, kita sebagai ibubapa dan guru-guru memikirkan bagaimana masalah ini diselesaikan sehingga tiada kesudahannya kerana murid-murid akan mewarisi budaya ini sehingga masalah itu diselesaikan dengan baik. Jadi, masalah itu membuat ramai jadi tanya tanya semata-mata.

Okey, yeop bukan seorang cikgu. Yeop hanya seorang staf yang tidak popular seperti cikgu-cikgu lain. Yeop hormat mereka sebagai sahabat susah senang dan sahabat tukang menyembang pasal sikap murid-murid sekolah. Adakalanya, yeop sangat suka dengan budaya ini sehingga yeop tak ingin meninggalkan sekolah ini. Biasalah kan, setiap cikgu mesti ada kisahnya bersama murid-murid di kelas. Rasa kelakar ada, rasa pelik pun ada. Huhuhu

Apapun, yeop ingin mengucapkan terima kasih cikgu, yeop sentiasa ingat jasa-jasa cikgu sampai bila-bila. Cikgu yang mengajar di SK Dato’ Haji Zainuddin, Serdang, Kedah; SMK Serdang, Kedah; SMK Gerik, Perak; SMT Kuala Kangsar, Perak; sahabat-sahabat cikgu di SK Ganda Temengor, Gerik, Perak dan SK Tun Doktor Ismail, Sabak Bernam, Selangor; yeop ucapkan selamat hari guru.

Di bawah adalah SMS ucapan Hari Guru untuk bacaan anda semua.

SMS VERSI 1

Adakala..

Kita dicaci,

Kita dimusuhi, kita tidak dihargai,

Tapi..

Kita kan tetap tersenyum walaupun dalam pilu,

Kita kan tetap melangkah biarpun hampir rebah,

Kita kan tetap tekun, ikhlas dan sabar meskipun hati tercalar dan maruah tercabar,

‘SELAMAT HARI GURU’

**(sms di kalangan sesama guru.)

 

SMS VERSI 2

Guru oh guru..

Bila murid duduk.. Cikgu berdiri..

Bila murid diseligi.. Cikgu pulak kena gari..

Murid datang naik BMW 7 siri.. Cikgu datang naik Myvi..

Murid dah dewasa jadi YB, Cikgu tetap begini..

Namun begitu.., Di dunia cikgu berbakti,

Moga di akhirat, syurga tempat cikgu kekal abadi..

‘SELAMAT HARI GURU’

 

SMS VERSI 3

Mak cakap cikgu macam MAGGI,

Makanan rutin di waktu susah..

Ayah cakap cikgu macam D SEEKERS,

Garang dan menakutkan..

Atuk cakap cikgu macam ASTRO,

Macam-macam ada..

Tapi saya cakap cikgu macam LOREAL,

Kerana dirimu begitu berharga..

SELAMAT HARI GURU.

 

SMS VERSI 4

Guru..

Dalam ajarnya ada harapan,

Dalam tegurnya ada doa,

Dalam marahnya ada sayang,

Dalam tawanya ada mesra,

Dalam diam ada bijaksana,

Dalam tangannya, kita terbina,

SELAMAT HARI GURU.. Moga ceria, sukses & dilindungiNYA

 

SMS VERSI 5

Macam mana nak kenal guru?

Garang orangnya, itulah guru disiplin..

Penyayang orangnya, itulah guru prasekolah..

Sabar orangnya, itulah guru pendidikan khas..

Sentiasa cool & tak pernah marah, itulah guru kaunseling..

Petah berucap, itulah guru besar..

Pelik orangnya, itulah guru pendidikan seni..

Gelap orangnya, itulah guru pendidikan jasmani..

Warak orangnya, itulah guru agama..

Sopan orangnya, itulah guru pendidikan sivik..

Berbahasa orangnya, itulah guru Bahasa Malaysia..

Berseni bahasanya, itulah guru sastera..

Walau siapa pun dia.. dia tetap berjasa..

SELAMAT HARI GURU..

 

SMS VERSI 6

Dulu, murid hormat & takut guru..

Kini, guru takut murid.

Dulu, guru chalk n talk,

Kini, guru kena slow talk.

Dulu, guru boleh claim,

Kini, guru tak boleh complain.

Dulu, Hari Guru dapat wang saku,

Kini, Hari Guru dapat ‘penyapu’ ( kena gotong-royong)

SELAMAT HARI GURU

2 thoughts on “Selamat Hari Cikgu 16 Mei

  1. muliani

    selamat hari guruu.. walaupun dah terlepas tp still nak wish hari guru kpd smua guru.. hehe

    Reply
  2. Anarm

    Selamat hari guru buat semua cikgu.. Anda semua memang terbaik.. Tanpa cikgu, kami takkan jadi sepertimana kami pada hari ini.. Terima kasih cikgu..

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *