cerita Kejutan Kucing

Selamat Tinggal #BudakRen

Kongsi Entri Ini di

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yeop pernah menjaga beberapa ekor kucing sejak yeop dok sorang-sorang. Tapi yeop pernah menjaga seekor kucing jantan remaja sampai dia mati.

Namanya #BudakRen.

Yeop mula menjaga dia sejak arwah mak meninggal tahun lepas, dan abah yeop pindah rumah. Sejak dari itu, #BudakRen yang jaga yeop dari bujang sampai kahwin..

Kenapa nama #BudakRen?

Sebenarnya nama tu diberi sejak dia lahir 2 tahun lepas, lagipun ia ada keturunan ayahnya juga berwarna oren penuh (namanya Kiki) dan pernah dia sakit sebab tak cukup makan (dan mengada sebab memilih makanan, dia suka makan ikan mentah).

Dari dia sakit kali pertama sampai dia sakit kali kedua yeop belai dia, jaga dia, bagi dia makan sampailah yeop dah kahwin.

Lepas yeop kahwin, yeop tidak banyak berada di rumah pada hujung minggu sampai dia kena tinggal 2 hari. Ada kalanya sampai 5 hari tinggal. Mujurlah ada adik tolong jagakan dia.

Macam biasalah, dia suka dimanja dan mengada. Yeop pun layan dia, macam anak yeop sendiri. Main perut dia, usap kepala dan hidung dia, tapi yeop jarang mandikan dia.

Assalamualaikum, selamat hari selasa dari #budakren #iphone5c

A post shared by Yeop Maz (Khairil Mazri) (yeopmaz) on

Bila yeop balik rumah, dia mengeow je mintak makanan dia. Kadang-kadang memilih juga dia, nak ikan mentah tak nak whiskas.

Pernah beberapa kali dia makan tikus mentah dengan belalang. Tapi yeop risaukan kesihatan dia, cuba elakkan dia makan tikus dengan belalang. Bagi juga ikan mentah dan wetfood dalam tin.

Pernah merungut juga nak ikan lain. Terus terang yeop kata, wetfood dalam tin dan ikan mentah harganya mahal, tapi nak tak nak kena beli juga.

Kali kedua, dia makan bangkai tikus. Disebabkan itu, dia jatuh sakit. Tapi bukan terlantar seminggu dua, pernah juga dia muntah ikan beberapa kali semasa yeop balik ke Shah Alam.

Hari Selasa (03 April 2018) adalah hari terakhir dia berada di dunia ini. Jatuh sakit semasa yeop berehat tengah hari, bagi juga air untuk diminum sambil dia baring. Tak sempat bawa ke klinik kerana dia telah mati semasa perjalanan ke sana.

#budakren telah pergi buat selamanya.. Sebentar tadi. 😢

A post shared by Yeop Maz (Khairil Mazri) (@yeopmaz) on

Akhirnya, yeop pasrah dengan ketentuan Allah. Yeop telah tanam bangkai dia di kawasan yang tersembunyi.

Yeop memang rindukan dia, tapi Allah Maha Menyayangi dia seperti arwah mak yeop. Yeop rasa macam dia ada di sisi yeop, tapi itulah.. Tak nak dia seksa diri dia. Jadi, yeop lepaskan dia untuk selamanya.

Yeop Maz
Lifestyle Blogger and Influencers. Hubungi yeop di yeopmaz@gmail.com atau mssg.me/haiyeop untuk permintaan promosi, review atau event berbayar.
https://yeopmaz.com

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *