Semak Penerima Dekoder MYTV Broadcasting Basic Percuma

By | Julai 16, 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semak Penerima Dekoder MYTV Broadcasting Basic Percuma – Setelah beberapa tahun MYTV Broadcasting menguji siaran percubaan di Utara dan Pantai Timur Semenanjung, kini anda boleh menyemak kelayakan anda untuk menerima seunit Dekoder MYTV Broadcasting di Malaysia secara percuma mulai hari ini.

Soalan dan Jawapan berkaitan MYTV Broadcasting, dipetik dari mytvbroadcasting.my

Apakah Televisyen Terestrial Digital (DTT)?

Negara-negara ASEAN telah menetapkan pelaksanaan penutupan siaran analog (analogue switch off – ASO) secara berperingkat-peringkat antara 2015 sehingga 2020. Untuk memastikan penyeragaman isyarat, negara-negara yang mempunyai sempadan bersama termasuk Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia dan Brunei bersetuju menetapkan 2018 sebagai sasaran pelaksanaan ASO. Projek DTT di Malaysia adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini adalah sebahagian daripada agenda nasional untuk mentransformasikan industri penyiaran negara melalui pendigitalan dengan tujuan mempertingkatkan taraf hidup rakyat ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020. Ia merupakan salah satu inisiatif terpenting dalam Rancangan Malaysia ke-11.

Mengapa berhijrah ke DTT?

Dengan penghijrahan ini bermakna Malaysia sama-sama mengikuti perkembangan pembangunan teknologi global dan menjadi antara negara pertama di Asia Tenggara yang memeterai perjanjian tersebut. Penghijrahan digital di seluruh dunia itu didorong untuk tujuan menyebarkan spektrum bernilai yang boleh digunakan untuk perkhidmatan telekomunikasi terestrial dan radio.

Apakah manfaat DTT kepada pengguna dan penonton?

DTT membantu merapatkan jurang digital, terutamanya di kawasan-kawasan terpencil. Menerusi DTT, rakyat Malaysia akan menikmati banyak manfaat seperti kualiti gambar dan bunyi yang lebih baik, lebih banyak saluran siaran percuma, akses kepada panduan program elektronik (EPG), sarikata pelbagai bahasa, dan berkemampuan untuk menonton siaran TV yang berkualiti HD menerusi Siaran Digital myFreeview. Pada masa akan datang penonton juga mempunyai akses kepada perkhidmatan televisyen interaktif termasuk membeli-belah di rumah, menonton video atas permintaan dan perkhidmatan langganan dan internet.

Apakah manfaat DTT kepada pemain industri?

Ini mampu dilakukan memandangkan DTT akan menyediakan kemudahan untuk lebih banyak kandungan dan aplikasi. Pembekal kandungan seperti penyiar televisyen tempatan turut meraih manfaat kerana mereka diberikan peluang baharu untuk memperluaskan jangkauan penonton dan seterusnya mengembangkan perniagaan mereka. Melalui sistem DTT, MYTV menawarkan satu platform saksama yang akan memudahkan aliran pendapatan tambahan bagi semua pembekal kandungan dan aplikasi.

Bagaimanakah isyarat DTT dipancarkan?

MYTV menggunakan system pemancaran DTT dengan format DVB-T2. Stesen pemancar dipasang di kawasan tinggi seperti puncak gunung atau menara tinggi untuk mendapatkan liputan pemancaran maksimum menggunakan gelombang Ultra High Frequency (UHF).

Di manakah kawasan liputan siaran DTT?

Setakat ini siaran DTT dipancarkan menerusi 13 stesen pemancar di seluruh negara, meliputi kira-kira 80 peratus kawasan berpenduduk di Malaysia. Sila rujuk Peta Liputan untuk mengetahui sekiranya kawasan anda telahpun mendapat liputan. Objektif kami ialah untuk mempertingkatkan liputan siaran DTT kepada 98 peratus kawasan berpenduduk di Malaysia menjelang 2018.

Peta Siaran DTT MYTV Freeview Malaysia

 

Untuk paparan lebih jelas, klik di sini.

Apakah saluran yang boleh ditonton menerusi MyFreeview?

Buat masa ini saluran yang disiarkan ialah TV1, TV2, TV3, TV Alhijrah, ntv7, 8TV, TV9 dan Bernama News Channel (BNC). Jumlah saluran akan bertambah dari semasa ke semasa.

Apakah cara untuk menerima siaran MyFreeview?

Alat penerima (dekoder) DVB-T2 perlu digunakan untuk menerima siaran DTT. Antena penerima dari jenis UHF perlu dipasang dan disambung pada terminal antena di panel belakang dekoder. Hanya dekoder DVB-T2 yang dikeluarkan oleh MYTV Broadcasting Sdn Bhd sahaja yang diluluskan Kerajaan untuk kegunaan di Malaysia.

Apakah yang akan berlaku sekiranya saya tidak berhijrah ke siaran DTT?

Kerajaan telah merancang untuk menutup siaran TV analog pada tahun 2018. Penduduk Malaysia yang tidak menggunakan siaran DTT atau siaran digital yang lain (satelit dan kabel) tidak akan dapat menonton sebarang siaran televisyen selepas siaran analog ini ditutup.

Bagaimanakah saya mendapatkan set dekoder percuma?

Sebanyak 2 juta set dekoder percuma (MYTV Basic) diberikan kepada isi rumah terpilih di seluruh negara.

Bagaimanakah saya ingin mengetahui sama ada saya salah seorang penerima yang terpilih?

Anda boleh menyemak melalui kaedah-kaedah berikut:

Jika saya penerima terpilih, bagaimanakah saya akan menerima set dekoder saya?

Set dekoder MYTV Basic akan dihantar melalui perkhidmatan Pos Laju ke alamat anda.

Bolehkah saya merayu untuk menjadi penerima set dekoder percuma?

Kami mohon maaf kerana senarai penerima yang dipilih adalah muktamad.

Saya telah membuat semakan dan saya adalah salah seorang penerima terpilih. Bilakah saya akan menerima set dekoder saya?

Penghantaran set dekoder adalah diuruskan oleh Pos Laju dan akan dihantar terus ke alamat anda yang berdaftar. Proses penghantaran ini bermula pada September 2016 dan mengambil masa selama kira-kira setahun.

Bagaimanakah cara pemasangan dekoder MYTV ini?

Pemasangan dekoder MYTV adalah sangat mudah dengan beberapa langkah ringkas sahaja. Sila rujuk Panduan Pemasangan yang disertakan bersama set dekoder. Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV 1300 80 6988.

Adakah pemasangan alat dekoder ini dikenakan bayaran?

Pengguna dekoder MYTV dinasihatkan untuk membuat pemasangan sendiri dengan merujuk kepada Panduan Pemasangan yang disertakan bersama set dekoder. Sekiranya anda memerlukan bantuan, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di 1300-80-6988 atau menghubungi salah satu Pemasang Berdaftar MYTV. Perkhidmatan teknikal untuk pemasangan dan penyelenggaraan ini disediakan oleh kontraktor pihak ketiga yang berdaftar dengan MYTV Broadcasting Sdn Bhd.
Terma & Syarat:

  1. Caj pemasangan akan dikenakan seperti berikut;
    1. Perkhidmatan pemasangan antena luaran akan dikenakan caj standard RM180.00. Caj ini termasuk untuk set antena sahaja.
    2. Untuk perkhidmatan penyelenggaraan, setiap lawatan akan dikenakan caj minimum RM50.00.
  2. Jaminan/Waranti untuk pemasangan oleh kontraktor pihak ketiga sah untuk tempoh tujuh (7) hari sahaja. Anda dinasihatkan untuk menghubungi kontraktor berkenaan secara langsung sekiranya menghadapi sebarang masalah teknikal dalam tempoh waranti.
  3. Penggunaan perkhidmatan teknikal dan penyelenggaraan ini adalah atas risiko sendiri dan MYTV tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian yang mungkin timbul dari penggunaan tersebut.

MAKLUMAN: Bagi pihak yang berminat, pendaftaran sebagai Pemasang Berdaftar dengan MYTV Broadcasting adalah PERCUMA. Untuk maklumat lanjut, hubungi +603 8313 6988.

Apakah jenis antena yang boleh menerima siaran DTT?

Terdapat dua jenis antena UHF iaitu antena dalaman dan antena luaran (jenis UHF). Antena dalaman boleh menerima siaran bagi kawasan dalam lingkungan jarak lurus kurang dari 25km dari stesen pemancar. Bagaimanapun, tidak semua kawasan dalam lingkungan tersebut boleh menggunakan antena dalaman disebabkan faktor halangan fizikal seperti bangunan, bukit serta ketinggian (altitud).

Bagaimanakah saya memilih antena yang sesuai untuk digunakan?

Antena UHF luaran adalah pilihan yang terbaik. Bagaimanapun antenna UHF dalaman juga boleh digunakan sekiranya anda tinggal dalam lingkungan jarak lurus kurang dari 25km dari stesen pemancar. Anda disarankan untuk cuba menggunakan antena dalaman ataupun luaran yang sedia ada terlebih dahulu. Sila rujuk peta liputan untuk mengetahui stesen pemancar terdekat bagi kawasan anda.

Contoh UHF Antena yang digunakan

Apakah yang perlu saya buat sekiranya memerlukan bantuan pemasangan?

Sekiranya anda memerlukan bantuan untuk pemasangan antena luaran, anda boleh menghubungi ejen pemasangan berdaftar kami dari senarai berikut. Caj pemasangan/penyelenggaraan akan dikenakan.

Adakah alat lain selain dekoder untuk menerima siaran digital MYTV?

Set TV dengan ‘built-in DVB-T2 receiver’ atau dikenali dengan iDTV (Integrated Digital Television) boleh menerima siaran MYTV.

Bolehkah TV lama iaitu jenis CRT menerima siaran DTT?

Siaran DTT menggunakan dekoder MYTV boleh diterima menggunakan TV jenis baru dan lama termasuklah TV jenis CRT yang mempunyai terminal masukan audio video (AV Input).

Bagaimana anda hendak semak penerima Dekoder MYTV Broadcasting Basic Percuma?

  1. Anda klik di mytvbroadcasting.my.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan penuh di kotak yang bertulis “Unit Dekoder Percuma”, seperti di bawah.

Penerima Unit Dekoder Percuma dipilih dari kalangan penerima terbawah dalam senarai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 dan beralamat di kawasan liputan myFreeview.

Sila semak melalui SMS dengan menghantar MYTV Dekoder NoKP ke 15888, atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV 1 300 80 6988 untuk sebarang pertanyaan.

semak-ic-mytv

3. Jika anda layak, tahniah. Dekoder anda akan dihantar melalui penghantaran Pos.

4. Jika anda tidak layak, anda perlu membelinya di kedai elektrik terdekat dengan anda. Untuk mengetahui lokasinya, anda boleh mencari Wakil Jualan di mytvbroadcasting.my.

5. Anda boleh membeli MYTV Advance di atas talian melalui shop.mytvbroadcasting.my dengan harga RM199.00 tidak termasuk pos penghantaran.

Terma dan syarat jaminan MYTV Broadcasts boleh dibaca melalui link ini.

Mari kita Semak Penerima Dekoder MYTV Broadcasting Basic Percuma sekarang!

14 thoughts on “Semak Penerima Dekoder MYTV Broadcasting Basic Percuma

    1. Yeop Maz Post author

      yeop dah pakai MyTV Freeview. paparan tv makin jelas, sebab ia macam astro dan hypptv.

      Reply
  1. rokokcanyon

    lebih baik pakai pc connect ke tv semua siaran tv live boleh tengok….

    Reply
  2. rokokcanyon

    x payahlah nak harap sangat pemberian dari kerajaan,semuanya pilih orang dia aje yang dapat…..mcm pundek aje….

    Reply
  3. Azliesyam

    Kepala bana. Nk bg tu bg jelah tak payah dok pilih bulu. Baik tak payah wujudkan bnda alah ni. Menyusahkan org lain ja

    Reply
  4. sabree hussin

    Erk saya terpilih untuk menerima dekoder ni la ho ho 😀

    Reply
  5. dawsa

    tak yah tengok tv… tengok youtube jer dengar ceramah pembangkang…

    Reply
  6. dawsa

    Tak payah tengok TV… tengok youtube jer dengar ceramah pembangkang…

    Reply
  7. Japri Said

    Kalau penerima brim x tersenarai, mangsa banjir dua tahun berturu-turut hampir tahap “ground zero” pun tak tersenarai, apa lagi kriteria sedangkan tiada apa survey atau pendaftaran dari kawasan saya sebelum ini.

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *