Senangnya Curi Gambar Milik Blogger

Kongsi Entri Ini di
Content Protection by DMCA.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kebiasaannya, pemilik blog atau media luar akan mengunci gambar yang kita ambil sendiri dan disiarkan ke situ.

Mudahnya, mereka akan menggunakan plugin disable right-click untuk WordPress atau widget disable right-click untuk Blogspot.

Bagi sesetengah orang, terutama “pencuri hak milik orang” mesti mereka tak suka dengan fungsi sebegini, terutama mereka yang mengambil gambar orang lain masuk dalam blog tular (viral) popular seperti siakap 3 rasa, cempedakkeju, pisangkeju, ohcipan dan lain-lain.

Rupanya ada perkongsian terbaharu yang bakal mengejutkan anda yang sedang membaca ini.

Yeop ada terbaca satu pos di Facebook berkaitan “bagaimana mencuri gambar dengan paksa-rela”.

Trik tu memang nampak macam remeh, tapi ni trik old skool selain menggunakan extension Google Chrome.

Yeop terpaksa buang trik yang beliau gunakan untuk mengelakkan anda menirunya.

Sebab apa kami disable-kan right-click?

Anda baca balik skrin-shot yang yeop paparkan tadi. Baca ayat ini :

Pada website yang tak boleh KLIK belah kanan langsung (owner kedekut..kah kah)

Masalah utamanya, anda kata owner kedekut. Ye, kami memang kedekut. Kedekut sebab ia bukan hak milik anda, ni hak milik kami.

Kau dah curi gambar orang, lepas tu kata owner kedekut.

Dahlah tak reti mintak izin dari owner, kau buat kerja kejam macam ni.

Pastu pulak, pencuri macam kau buat watermark atas nama kau. Paling kejam, kau buang watermark owner yang kau curi, tampal watermark kau.

Ingat owner suka-suka ke buat watermark?

Ingat owner suka-suka matikan right-click?

Kami buat macam tu supaya kau yang mencuri gambar kami tak boleh simpan gambar kami TANPA KEBENARAN KAMI.

Jadi, paham ke kau?

Tak paham, pergi mampuslah. Aku dah nasihat, kau buat bodo. Aku tak harap sangat kau curi gambar aku sebab kau akan buat sekejam ni, tapi TOLONGLAH HORMAT OWNER KEDEKUT TU!

Content Protection by DMCA.com

6 comments on “Senangnya Curi Gambar Milik BloggerAdd yours →

  1. Kalau orang yang buat blog sebab nak tulis benda2 viral, memang tak lari daripada curi gambar dari blogger lain. Nak dapatkan sendiri memang tak la…

    Tapi kalau jadi blogger yang bukan kerja kisah viral, boleh je dapatkan macam-macam gambar yang cantik dari online stock photo. Ada banyak juga royalty free picture yang boleh kita gunakan untuk cantikkan blog kita.

    Tapi tu la… bergantung pada apa tujuan blog tu dibuat. Pencuri ni, bukan sekadar curi gambar, artikel pun nak di copy paste jugak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *