Seronok Ke Buat Cerita Merapu?

By | Disember 7, 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

grafik islamik

Sebenarnya yeop buka twitter yeop dan terlihat pada gambar yang yeop pernah printscreen mentionkan seseorang yang yeop sangat benci. Apa yang yeop benci tentang dia?

Pernah satu masa dulu yeop kawan jugak dengan satu grup blog yang telah pupus ditelan grup popular yang yeop selalu ikuti sejak facebook lama yeop aktif, sekitar 2011-2012. Memang best dengan mereka sebab masing-masing sekepala, masing-masing buat kontes, masing-masing seronok menyembang dalam grup tu.

Pada satu ketika yeop dikejutkan dengan kejutan. Apakah? Rupanya akaun yeop dulu telah diblock oleh rakan grup sendiri. Yeop pelik, apakehey orang tu? Sakit mental ke apa entah? Rupanya salah seorang dari rakan yeop buat cerita merapu. Dikatakan dia telah bertunang dengan orang kampungnya tapi putus kerana yeop main kata ‘sayang’ kat dia. Tupun ada kawan dia sendiri ceritakan kepada yeop.

Yeop kena marah pulak. Disebabkan dia dah block yeop di facebook dia boleh minta tolong kawan baiknya untuk tanya kat yeop apa salah kat dia sampai dia cakap main sayang-sayang kat orang tu. Sudahnya yeop putus hubungan dan tinggalkan saja grup mereka jauh di hujung mana entah. Masa hari terakhir yeop tutup akaun facebook lama, yeop pernah menulis di status.

“Anggaplah saya mati di profil ini, asalkan saya hidup di dunia ini dengan aman”

Akhirnya yeop telah tutup akaun lama yang merosakkan kehidupan yeop pada masa lalu. Bayangkan, bila orang lain buat masalah pada yeop, yeop buat tak tau saja. Tapi ada masanya yeop perlu bersuara walau cemana sekalipun untuk membetulkan keadaan masa itu, tetapi dah terlambat. Sebaran demi sebaran terus berlaku. Masa itu terlalu suntuk. Sebab itu yeop ingin tinggalkan akaun lama dan hidup guna akaun yang yeop pakai sekarang.

Jadi, pengajaran dalam kehidupan lampau adalah:

1. Apabila berlakunya perkara yang anda tak boleh lakukan, pertahankan diri dulu. Jangan cepat melatah.

2. Jika anda ingin buat cerita yang merapu, tanya diri sendiri dulu. Dah rujuk diri sendiri baru buat, kalaulah diri dah tak mampu.

3. Kalau anda simpan dendam, buang sajalah. Cerita lama bukan.

4. Jangan cari pasal dengan orang lain. Kalau mereka buat pada kita cemana?

5. Kalau dia degil sangat nak minta maaf, abaikan saja dia tu. Buat apa tunggu lagi.

Okeylah, inilah cerita yang yeop ingin ceritakan pada anda semua. Sehingga bertemu lagi.

Wassalam.

4 thoughts on “Seronok Ke Buat Cerita Merapu?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *