Siapa Kita Yang Menidakkan Rezeki?

By | Ogos 15, 2013

rezeki

REZEKI

“kau x keje lg? kau grad setahun awal dari aku kan..”

“belajar tinggi-tinggi, pakai kete sama je macam aku yang belaja setakat
sijil ni..”

“dah 10 tahun kerja pakai keta ni je? tengok aku baru 5 tahun dah pakai Mercedes”

“gaji besar tapi aku lagi mewah..ape la kau ni..”

“kau ni bila nak kawin? tengok aku dah masuk anak kedua. kite sebaya kan..”

“aku kawin kemudian dari kau, tapi aku beranak dulu. kau xnak anak ke..”

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

Biasa tak dengar ayat-ayat di atas?

Mengapa perlu kita bertanya soalan-soalan sebegitu?

Adakah si penjawab tahu apa yang akan terjadi dalam hidup dia?

Siapa tahu masalah di sebalik setiap yang berlaku pada si penjawab?

Mungkin dia sedang menjaga kedua ibu bapanya yang sakit. maka sebab itu dia masih tidak bekerja.

Mungkin dia sedang membantu adik-adiknya meneruskan pelajaran. maka sebab itu dia berkereta dan berbelanja setaraf orang yang sederhana hidupnya walau gajinya jauh lebih tinggi.

Mungkin dia sedang melawan penyakit yang memungkinkan dia tidak mampu beroleh anak, maka sebab itu dia tangguhkan niat untuk memiliki anak.

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

Buat si penjawab yang menghadapi soalan sebegini, tenanglah. Jangan bersedih. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Dia telah mengatur setiap sesuatu dengan bijaksana.

Mungkin kita memiliki rezeki yang sedikit berbanding orang yang memiliki rezeki yang lebih banyak dari kita. Jangan bersedih kerana rezeki itu luas pandangannya.

Mungkin agak kasar pandangan ini, tapi sebagai manusia, perbandingan juga kadang-kala boleh memberi kekuatan dalam melawan nafsu dan
bisikan syaitan terutama bagi orang yang lemah imannya.

Ingatlah, mungkin kamu tidak bergaji besar, tapi kamu mungkin memperoleh kebahagiaan yang lebih.

mungkin kamu berkereta sama seperti mereka yang bergaji lebih kecil dari kamu, tapi mungkin kereta kamu tidak banyak mempunyai masalah berbanding kereta mereka.

mungkin kamu lewat mendapat jodoh, tapi mungkin juga hubunganmu dengan jodohmu itu lebih panjang.

mungkin juga kamu lewat mendapat anak, tapi mungkin juga anakmu itu lebih membawa kegembiraan satu hari nanti.

Allah lebihkan seseorang itu di satu bahagian, dan mengurangkan kamu di satu bahagian.

Tapi Allah juga melebihkan kamu di satu bahagian lain, dan mengurangi seseorang itu dengan satu bahagian lain.

Itulah keadilan Allah yang sering kita lupakan lantaran sering melihat kelebihan orang lain dan melupakan kelebihan yang Allah berikan pada diri sendiri.

Tanamkan dalam minda, Allah itu Maha Adil, dia memberikan kamu apa yang kamu perlukan, bukan apa yang kamu inginkan.

Setiap hamba-Nya punyai bahagian masing-masing.

Di saat kamu di lontarkan soalan sebegini, atau di saat jiwa kamu sendiri yang bertanyakannya, pejamlah matamu..tarik dan hembus nafas perlahan-lahan sehingga kamu beroleh kusyuk lalu sebutlah Allah..Allah..

Insyaallah kamu akan tenang.

Jika orang yang bertanya berada di hadapanmu, jawablah Allah lebih mengetahui segala perancangan untuk hambanya.

~ Dipetik dari AbdulRaouf Jesperi

12 thoughts on “Siapa Kita Yang Menidakkan Rezeki?

  1. Bahrain

    baca entri ini membuatkan aku lebih semangat. terima kasih berkongsi entri ini..sangat berguna. Be positive. cantin template blog baru..simple.

    Reply
    1. Khairil Mazri Post author

      betul tu. dengar lagu Kosong Najwa Latif pun rasa semangat ngee

      terima kasih. tak pernah terpikir guna theme nie 😀

      Reply
  2. aku penghibur

    Allah dah tentukan rezeki setiap hambanya.. ada orang yang dapat lebih atas usahanya.. siapa kita untuk menidakkan rezeki dari Allah… belajarlah untuk bersyukur 🙂

    Reply
  3. jardness

    knp harus bandingkan rezeki kita dgn orang lain? huhu. tak suka org mcm tu yg tanya camtuh. aku akan menjauhi

    Reply
  4. Irwan Alessa

    siapa kita menidakkan takdir.. kawan aku ramai juga yang dah kawen, ada yang beranak pinak.. Ada yang dah senang.. Tapi aku bersyukur, walaupun sederhana tapi inilah yang di terapkan oleh Arwah Abah aku.. supaya kita biar sederhana dalam apa jua keadaan pun.. Tak elok riak dengan apa yang kita ada, bukan sentiasa kita berada di atas dan sentiasa memandang awan nan biru, terkadang kita juga perlu memandang pada rumput nan hijau juga..

    Reply
  5. zuan

    ramai kawan den dah kawin, dah ada keluarga sendiri, dah pakai kereta besar, dah ada rumah.. tapi den percaya dengan rezeki den..

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *