Review Simkad Ookyo

Kongsi Entri Ini di

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yeop baru tahu ada satu syarikat baru di bawah Maxis 4G, namanya Ookyo.

Ookyo telah dilancarkan pada bulan September 2017 dengan menyediakan dua pelan yang menarik, iaitu Pek Sosial (Social Pack) dan Pek Hiburan (Entertainment Pack).

Gambar dari vernonchan.com

Fokus kepada ookyo adalah simkadnya 100 peratus digital (sebab takde dijual di kedai) dan menggunakan rangkaian Maxis 4G (bukan ke dorang di bawah Maxis?).

Fokus paling penting adalah internet tanpa had dari aplikasi terpilih (rujuk gambar di atas). Dan semestinya mereka memberi 3GB 4GB Internet (sebulan okey) dan kouta Aplikasi Chat Percuma seperti WhatsApp, LINE dan WeChat.

Ia seolah-olah seperti U-Mobile yang menawarkan pakej yang sama.

Okey, yeop dah beli dua simkad Ookyo yang berlainan pek. Masa tu mereka tawarkan pendaftaran hanya RM31.80 (termasuk GST) – dan penghantaran terus ke Semenanjung Malaysia (Sabah dan Sarawak dikecualikan buat masa ini).

Dalam seminggu jugak mereka hantar ke ofis yeop, dan yeop dah dapat. Terus mengujinya.

Apa yang menarik dengan Ookyo adalah, ia membahagikan dua simkad yang berbeza mengikut pelan yang kita pilih. Dan semestinya bingkai yang ala-ala remaja gitu..

Penggunaan Ookyo di Android

Untuk pengetahuan anda, aplikasi Ookyo hanya tersedia di Android sahaja (say goodbye to iOS). Muat turun terlebih dahulu di sini.

Setelah masuk simkad Ookyo di henset dan onkan, anda akan keluar popup “aktifkan VPN Ookyo” untuk aktifkan VPN dari aplikasi Ookyo.

Setelah anda aktif, anda boleh lihat penggunaan kouta yang ada pada aplikasi tersebut. Buka aplikasi Ookyo dan tap logo Ookyo, ia keluar menu HQ beserta dengan nombor telefon anda dan kouta yang anda guna.

Mereka beri anda kouta tanpa had pada aplikasi Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp, Wechat, Spotify dan  JOOX. Anda juga diberi kouta sebanyak 4GB sebulan jika anda buka di luar aplikasi.

Nampak mudah dan mesra pengguna pada aplikasi tersebut.

Kelebihan Penggunaan Ookyo

  1. unlimited kouta untuk dua pelan.
  2. kouta diberi 4GB/30 hari utk penggunaan luar pelan.
  3. 20 persen diskaun utk pembelian apps di Google Play Store
  4. topap guna Maxis Apps dan kad topap Hotlink.
  5. Youtube tanpa had serendah RM12/30 hari
  6. boleh pilih off/on auto-renewal masa daftar.
  7. bantuan hanya di apps saja. No PM, no TPM.
  8. nombor cantik-cantik (yeop dapat 6011-1236663x) dan boleh kekalkan nombor sedia ada.
  9. harga simkad RM31.80 + pos percuma guna kurier GDEX.
  10. sesuai untuk kaki game, kaki utube, kaki bigolive, instafemes, kaki joox bla bla bla.

Kelemahan Penggunaan Ookyo

  1. Aplikasi yang tidak stabil (terutama VPN Ookyo) pada sesetengah telefon Android
  2. Pilihan auto-pembayaran bulanan yang memaksa bayar guna Apps Maxis Pay.
  3. kelajuan Internet tidak stabil (terutama di kawasan bandar dan luar bandar)
  4. harga pelan yang agak mahal berbanding servis mereka.
  5. nombor hanya ada 011-1xxxxxxx saja. kalau nak nombor 012 atau 017 disarankan beli Hotlink Prabayar dan convert ke Ookyo.

Kesimpulan

Yeop dah mencuba sekadar dalam beberapa minggu sebelum yeop campak ke plastik sampah. Tempat yeop di Shah Alam dan Sungai Besar yang amat tidak stabil dan henset Android mungkin tidak sesuai dengan simkad Ookyo membuat yeop malas nak menggunakannya lagi. Lagipun, aplikasi Ookyo (terutama VPN) yang amat perlahan dan kadang-kadang tidak stabil dan lost packet lagi menambahkan lagi ketidakpuasan hati kepada servis Ookyo (dan Maxis terutamanya).

Ini sekadar pendapat peribadi yeop je, takyah amek serius sangat.

Jika tempat anda sesuai guna Ookyo, boleh beli di link ini –>> www.ookyo.com.my dan sediakan RM31.80 di dalam akaun bank anda.

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *