Sudah Lama Tak Menulis Cerita Diri Ini…

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebelum nak panjangkan penulisan ini, yeop nak ucapkan selamat tahun baharu 2019. Semoga apa yang kita buat di dunia ini diberkati dan dihayati oleh diri sendiri. InsyaAllah.

Okey, sepanjang tahun 2018 yeop banyak berfokus kepada review makan di Kuala Lumpur dan kerja hakiki. Tapi tak semua benda yeop buat. Ada juga yeop menerima jemputan untuk menulis entri PropertyGuru.com.my di blog yeop. Sebab tu yeop kurang menulis entri, pasal cerita yeop berlaku sepanjang tahun 2018.

Yeop masih menerima jemputan dari mana-mana syarikat atau Perhubungan Awam (Public Relations) dari pelbagai jenama popular dan sedang menerima pelbagai jemputan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Apa-apa jemputan berkaitan boleh hubungi yeop di sini (Klik ya)

Alhamdulillah, isteri yeop (Mia Namia) sudah berbadan dua dan sedang menunggu waktu bersalin yang dijangka hujung bulan April tahun ini. Pada waktu itu yeop akan sibuk dengan urusan pendaftaran. Mungkin yeop terpaksa menolak jemputan pada waktu itu. Tapi yeop cuba sertai pada masa akan datang.

Lagi, pasal kerja. Yeop masih berada di Sungai Besar atas sebab kerja hakiki. Dah beberapa kali mengisi borang pertukaran ke Shah Alam atau terdekat tetapi tiada kekosongan. Sekarang ni semuanya kena tukar suka sama suka. Tak macam dulu. Tu yeop selalu pergi balik ke Shah Alam tiap-tiap minggu. Dah bosan dok kat sini, tapi apakan daya..

Yeop lebih suka bekerja luar bidang yang tidak berfokus kepada pembaikan komputer peribadi dan pencetak. Sebab apa, mungkin yeop dah berkarat atau malas nak buat kerja tu. Lepas tu boleh pulak orang lain ambil alih kerja kita. Jadi, apa nak dikatakan.. Hidup kena teruskan nampaknya.

Yeop kerja sekarang di sekolah, rasa nak keluar dari sekolah dan pergi ke agensi lain. Cari udara baru, skop kerja baru, kawan baru. Tapi tak dapat, atas sebab birokrasi agensi lain. Kena gred lebih tinggi dari sekarang. Senang cerita, nak gred tinggi kena sambung belajar jelah. Tapi yeop tak nak. Sakit kepala dan stress.

Skang ni, begitulah.. Tak semua benda itu indah di mata. Tapi perasaan yang sakit ni membuat yeop fedap dengan semua keadaan. Sebab itu yeop berfokus dengan blog (walaupun pendapatan tak tinggi).

Kalau nak cerita pasal cukai pendapatan, yeop masih tak layak. Ya, gaji yeop (kerja dan blog) masih cukup-cukup makan. Taklah macam orang lain, pendapatan tinggi pastu kena masuk senarai di Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASIL – LHDN). Dorang pun takde bukti yeop bergaji tinggi seperti mereka sangka. Jadi, kenapa nak buat macam tu?

Err.. yeop rasa dah habis banyak yeop menulis. Merepek tu biasa, tapi merepek berisi lagi bagus dari merepek kosong. Harap-harap tahun 2019 adalah rezeki sikit untuk anak yang bakal lahir nanti.

Okey, babai.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *