SUKMA Perak ke-19 – WOW! KITA HEBAT!

Kongsi Entri Ini di

Tidak lama lagi Negeri Perak akan mengadakan Sukan Malaysia (SUKMA) pada 8 September hingga 22 September 2018.

Sejarah SUKMA Malaysia

Sukan Malaysia (atau dikenali sebagai SUKMA) mula dicadangkan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim (mantan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan) pada tahun 1983.

Rasional yang dicadangkan adalah sebuah temasya sukan peringkat kebangsaan akan bantu mempertingkatkan mutu sukan, melahirkan dan menggalakkan penyertaan atlet di peringkat negeri dalam sukan, mempertingkatkan prestasi pegawai, menggalakkan pembinaan kemudahan-kemudahan sukan yang baru serta menaikkan taraf kemudahan-kemudahan yang sedia ada di peringkat negeri dan memupuk semangat integrasi nasional dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Berbeza dengan SUKMA ke-5 Perak (1994) yang hanya melibatkan 3 daerah sahaja, kerajaan negeri melakar sejarah dengan melibatkan semua 12 daerah di seluruh negeri sebagai venue pertandingan untuk acara tertentu.

Maskot ‘CHOR’

Maskot Rasmi SUKMA ke-19 tahun 2018 adalah Seladang (juga ikon haiwan Negeri Perak) yang digelar CHOR.

Gelaran CHOR diambil sempena dengan panggilan sulung dalam keluarga mengikut dialek Negeri Perak.

Direka dengan pakaian sukan berwarna kuning, hitam dan putih serta pipi Seladang berwarna kuning yang melambangkan warna-warna yang terdapat pada bendera Negeri Perak.

Seladang menggambarkan kekuatan dan semangat. Sukan bukan sahaja menguji kekuatan mental dan fizikal atlet tetapi melangkaui batas keupayaan berdasarkan semangat jiwa yang membara.

Tema WOW! KITA HEBAT!

Tema untuk SUKMA ke-19 adalah WOW! KITA HEBAT!

Perkataan WOW! adalah singkatan kepada World Of Wonders yang mendapat pengiktirafan dari Lonely Planet kepada Negeri Perak Darul Ridzuan sempena Tahun Melawat Perak 2017.

Logo SUKMA ke-19

Reka bentuk logo SUKMA ke-19 menggunakan elemen ombak dengan mengadaptasi warna bendera Negeri Perak (Kuning, Hitam, Putih) sebagai kombinasi warna utama logo tersebut. Ia melambangkan sebuah negeri yang kaya dengan sumber asli yang berkualiti.

Selain itu, elemen air juga diterapkan dalam logo tersebut yang melambangkan kekayaan Negeri Perak dengan fauna dan flora serta hasil bumi yang melimpah ruah.

Warna perak dan warna coklat melambangkan tanduk seladang di mana seladang merupakan haiwan yang sinonim dengan Negeri Perak.

Akaun Rasmi Laman Sosial SUKMA ke-19

Anda boleh melayari laman sesawang perak2018.perak.gov.my. Anda boleh mengikuti Facebook, Twitter dan Instagram.

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *