Susahnya Nak Belajar Bahasa Jawa!

By | Ogos 7, 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, yeop masih sihat sejahtera. Biasalah rumah terbuka asyik terbuka. Bila nak tutup entahlah. Huhuhu

Baiklah, apabila yeop pergi meraya ke rumah kawan sekerja yeop, semua orang cakap bahasa jawa. Makanan pun makanan jawa. Memang kegemaran yeop, mana taknya ada Soto, Pecal, Lontong. Fuh, baru nak minta resepi.

Sebelum ni yeop pergi ke rumah terbuka di Rumah Ustazah Noor Aini di Jalan Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam. Makanlah bihun sup masa tu. Sebenarnya yeop memang dok rumah sana hampir 4 jam, tunggu sahabat blogger termasuk Hasrul Hassan sekeluarga dan Ladfe Amir sekeluarga.

Sebelum sampainya Ladfe Amir sekeluarga, sempat bertanya tentang Bahasa Jawa dan Banjar. Bukan apa, dah menetap di kawasan sini wajiblah belajar kedua-dua bahasa tu.

“Kak pandai tak bahasa jawa & banjar?”

“Bolehlah sikit, kalau rajin sembang dengan org jawa.”

“Bukunya ada ke?”

“Takde, pandailah cakap dengan mereka.”

Dah tu, yeop diwajibkan belajar kedua-dua bahasa. Memang pun.

Kalau jumpa “wak”, habislah yeop. Satu habuk yeop tak paham. Cakap punyalah pekat. So yeop nak tak nak kenalah berguru.

Ya-Allah, bukan mudah ni!

P/S: Sesiapa ada buku belajar bahasa jawa dan banjar bagitau kat yeop, nak studi dulu sebelum berguru.

One thought on “Susahnya Nak Belajar Bahasa Jawa!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *