Susu Fernleaf UHT Segar Dari Ladang?

By | Oktober 15, 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kebanyakannya susu yang dijual di Malaysia mempunyai rasa yang tersendiri, betullah tu.

Cuma susu yang dikatakan seperti satu jenama itu berasal dari ladang rumput yang segar.

Betul ke?

Sebenarnya susu yang diperah dari lembu tenusu berasal dari ladang rumput yang luas tanpa mendirikan pagar.

Lagipun susu yang diperah juga dari 100 peratus diimpot dari New Zealand untuk diproses di Malaysia dan dijual di sini.

Bila sebut pasal rumput segar, di sana memang banyak sangat rumput segar yang berkualiti tinggi yang bebas dan semestinya lembu tenusu mesti dahagakan makanan mereka.

Lagipun, ia juga mempunyai banyak nutrien penting lain seperti Protein yang berkualiti tinggi, vitamin A dan vitamin D. Sebab itulah susu yang diperah sangat sedap.

Kesian pula kalau tersepit dalam beg dia kan.

 

Okey, yeop pernah minum susu Fernleaf UHT berperisa coklat, agaknya awal tahun ini beli sepeket ada empat kotak (masa tu harga promosi, RM3.90).

Rasanya macam ni :

  1. Mula-mula hirup, rasa sangat lain. Mual pun ada, pelik pun ada.
  2. Rasa pula kali kedua, yeop kata “wow, rasanya lain dari jenama lain.”
  3. Sampai yeop boleh habiskan satu kotak untuk sehari. Kononnya tak suka awal-awal lagi.
  4. Sekarang dah ketagih nak beli susu Fernleaf UHT berperisa coklat.

Sebab itu yeop merasakan lebih 100Mmmmm berbanding jenama lain yang dijual.

Patutlah mereka boleh gelarkan sebagai Pakar Tenusu, sebab mereka berjaya menghasilkan susu segar secara semulajadi.

Yeop sendiri sukakan dengan susu Fernleaf UHT yang membuat nak jadi lembu tenusu, terasa lebih 100Mmmmm tanpa was-was.

Apa kata anda mencuba dan merasa sendiri keenakannya sambil perah susu lembu (bayangkan je, nak buat nanti kena tendang pula.. hahaha)

2 thoughts on “Susu Fernleaf UHT Segar Dari Ladang?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *