Talian Yoodo : Jelmaan Celcom Mungkin?

By | September 28, 2018

Talian Yoodo : Jelmaan Celcom Mungkin? | Tak semua orang sukakan pakej memacam. Dahlah mahal, pastu kena beli kombo, tak banyak untung untuk pengguna baru dan sedia ada.

Ada juga suka main campur-campur, macam Ais Batu Campur (ABC). Nak kacang, cendol, jagung dan lain-lain.

Itulah pilihan kita, dan Yoodo sentiasa ada untuk mereka yang inginkan campur aduk terus macam ABC.

Yoodo sebenarnya menggunakan rangkaian Celcom, di bawah syarikat Celcom Mobile Sdn. Bhd. ditujukan khas untuk mereka yang inginkan pilihan yang kurang dengan harga berpatutan.

Ia juga bukan Prabayar, bukan juga Pascabayar. Ia hanyalah pelan Hybrid, memberi kebebasan kepada pengguna untuk memilih pelan data, minit dan SMS mengikut keperluan anda.

Harga macam mana?

Yoodo mula diperkenalkan pada 28 Januari 2018, dan permulaannya ia menawarkan data serendah RM30 untuk 5GB sebulan.

Kini, harga data semurah RM25 untuk 5GB sebulan. Rangkaian dia menggunakan Celcom yang disahkan sebagai rangkaian lebih luas di Malaysia.

Untuk pakej SMS dan panggilan, jangan risau. Mereka juga menawarkan 50 minit hanyalah RM5.00 sebulan dan 50 SMS hanya RM3.00 sebulan.

Murah bukan?

Anda juga boleh memilih tambah-nilai 20GB dari aplikasi pilihan seperti Facebook, WhatsApp atau Instagram hanyalah RM5.00 sebulan atau YouTube hanya RM10.00 sebulan.

Oh ye, anda boleh perubahan pakej sebelum melanggan mengikut keperluan anda. Jika perlukan tambahan data atau SMS, boleh beli add-on saja.

Ajak kawan, dapat RM20!

Lagi mudah bila anda ajak kawan-kawan anda sertai talian ini. Mudah saja, pastikan anda mempunyai nombor aktif Yoodo dan ajak kawan anda tekan link yang disediakan.

Anda akan diberi ganjaran RM20 dalam dompet Yoodo untuk pembelian data atau SMS atau panggilan.

 

Bagaimana untuk mendaftar Yoodo?

Lupa nak bagitau, meh yeop cerita satu persatu.

    1. Pesan SIM anda melalui sesawang atau aplikasi Yoodo dari Google Play Store dan Apple App Store atau klik je kat sini. Anda boleh reka pelan anda bila-bila masa. Pilih kaedah kiriman anda, bayar menggunakan kad debit/kredit atau PayPal, dan SIM anda akan dikirim secepat mungkin.
    2. Bila pek SIM anda tiba, buka dan ikut arahan mudah yang tersedia!
    3. Aktifkan SIM dengan aplikasi Yoodo, masukkannya ke dalam telefon, dan mula gunakan Yoodo!

Kalau nak lebih maklumat, layari je www.yoodo.com.my atau muat turun aplikasi Yoodo dari Google Play Store dan Apple App Store.

Pengalaman yeop menggunakan Yoodo

Yeop dah banyak kali gunakan Yoodo sebagai data untuk PC atau laptop. Respon yeop, harga internet sangat murah berbanding Unifi Mobile dan sedikit mahal berbanding pakej internet U Mobile dan agak sedikit murah berbanding Ookyo.

Apa yang menariknya dengan Yoodo, ia tak perlu menggunakan Virtual Private Network (VPN) yang selalu guna dari Ookyo. Lagipun semua telefon termasuk iPhone pun boleh guna Yoodo.

Kelajuan internet Yoodo yang menumpang Celcom sangat baik, takde perlahan sangat, taklah laju sangat. Yeop lebih sukakan guna untuk Facebook dan Youtube kebiasaannya. Data pun taklah guna banyak.

Bagi yeop, Yoodo adalah pelan yang sangat mudah, tak banyak remeh temeh, tak perlu guna VPN semata-mata nak guna pakej tambahan untuk Youtube atau Facebook, dan macam-macam lagi.

Kesimpulan

Sebagai pengguna bijak, kita perlukan pakej yang memberi kepuasan kepada diri kita. Bukan untuk kepuasan telco semata-mata. Untuk mereka yang inginkan pakej yang boleh mengubah pelan sedia ada, yeop mengesyorkan Yoodo sebagai talian utama anda.

Kelebihan

  1. Pakej data, SMS, panggilan murah sangat
  2. Kad SIM percuma ke seluruh Malaysia (guna Pos Laju)
  3. Menggunakan rangkaian Celcom
  4. Pelan yang mudah dan tidak memening kepala
  5. Ajak kawan dengan Ajak dan Untung

Keburukan

  1. Perlukan kad debit atau kredit untuk melanggan data, SMS atau panggilan
  2. Semuanya atas talian, memerlukan muat turun aplikasi Yoodo
  3. Tak semua tempat ada talian Celcom
  4. Tak sesuai untuk mereka yang inginkan pakej bundle
  5. Perlukan telefon pintar model 2017 ke atas untuk pendaftaran dan pembelian pakej.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *