#SembangTelco cerita

Tamatkan redONE Postpaid Terus…

Kongsi Entri Ini di

Proses terminate nombor redONE.

Ini sekadar pengalaman diri sendiri, takde dicilok dari mana-mana page FB atau blog.

Projek yang yeop mulakan sejak awal bulan ni adalah mengurangkan kos belanja bulanan.

Jadi, yeop mulakan dengan terminate nombor redONE yang berusia lebih setahun.

Perancangan ni sejak tahun lepas, tapi yeop sengaja test drive line ni sampai puas. Sampai satu tahap yeop sendiri malas nak kekalkan nombor itu, bayangkan nak bayar bulan-bulan kena maintain RM30 sebulan. Bukan satu nombor, dua nombor sekali.

Lagipun yeop dah malas guna nombor tu, yeop terminate saja nombor tu.

Yeop search kat Google terjumpa alamat Customer Service Center di Puchong.

Tapi yeop pergi hari sabtu sebab cuti hari kerja, kebetulan balik ke rumah isteri kat Shah Alam. Ajaklah dia sekali ke sana.

Lokasi taklah jauh sangat, lebih kurang 30km dari Shah Alam.

Sampai sana, yeop cari tempatnya dan terjumpalah kedai tu. Dia berada di Blok C.

Masuk dalam kedai tu cakap nak terminate nombor tu.

Agent tu kata ada dua pilihan nak terminate, satu terminate terus atau port out ke telco lain. Yeop memilih terminate terus.

Proses terminate agak cepat, tolak dari deposit yang kita bayar masa tempah nombor (RM25) dan tambah sikit, dalam RM5 (sebab amek pakej RM28/bulan).

Setiap kali diorang buat akan maklum satu persatu. Mula-mula mereka akan suspend terus nombor tu. Maksudnya mereka stop penggunaan pakej tu dari call out dan call in. Proses ni berterusan untuk padam rekod data kita dalam sehari ke tiga hari waktu bekerja.

Bila terdengar dah suspend yeop rasa lega sebab tak perlu pikir pasal nombor tu lagi.

Dan bergembiralah.

Sebenarnya taklah susah nak terminate nombor redONE, macam cakap-cakap orang di FB. Mungkin susah sikit bila nak port out ke telco lain.

Tapi sekurang-kurangnya taulah stepnya.

Kalau nak terminate nombor pergi ke Customer Service Center, bukan kat agent kedai henset.

Nak tau kawasan terdekat dengan anda, layari di sini.

Central Regional Office & Customer Service Centre

G45, Ground Floor, Block C,
IOI Boulevard, Jalan Kenari 5,
Bandar Puchong Jaya, 47170
Puchong
Tel: 011-1061 1909
Operation Hours
Monday to Friday: 09.00am to 05.00pm
Saturday: 09.00am to 12.00pm

Yeop Maz
Lifestyle Blogger and Influencers. Hubungi yeop di yeopmaz@gmail.com atau mssg.me/haiyeop untuk permintaan promosi, review atau event berbayar.
https://yeopmaz.com

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *