Info Informasi

Tema Hari Kebangsaan Malaysia ke-60/2017 : Negaraku Sehati Sejiwa

Kongsi Entri Ini di

Negaraku Sehati Sejiwa dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan bagi tahun 2017.

Pemilihan tema ini berlandaskan perpaduan dan kesepakatan yang akan menjadi penggerak kepada agenda memperkasakan integriti nasional dalam kalangan masyarakat dan kaum di Malaysia.

Sambutan Hari Kebangsaan akan diadakan seperti biasa pada 31 Ogos di Dataran Merdeka. Hari Malaysia pula akan disambut 16 September di Kota Kinabalu, Sabah.

Logo Negaraku Sehati Sejiwa

Berikut merupakan logo rasmi yang akan digunakan pada sambutan Hari Kemerdekaan Negara tahun ini.

Video Klip Negaraku Sehati Sejiwa

 

Sambutan Hari Kebangsaan 2017

Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negeri pada tarikh 31 Ogos setiap tahun. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511 hingga tahun 1957.

Ianya disambut besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun.

Pada 31 Ogos 2017, Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-60 tahun!

Untuk tahun ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia memaklumkan akan membuat sedikit kelainan dari segi persembahan. Katanya skrin besar akan dipasang untuk mengembalikan nostalgia laungan Merdeka dilafazkan pada 31 Ogos 1957.

Amanat Perdana Menteri akan bersiaran langsung pada petang 30 Ogos nanti di angkasapuri RTM.

Ambang Merdeka akan berlangsung di Bukit Jalil pada sebelah malam selepas majlis penutupan Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur.

Dipetik dari www.negaraku.co

Yeop Maz
Lifestyle Blogger and Influencers. Hubungi yeop di yeopmaz@gmail.com atau mssg.me/haiyeop untuk permintaan promosi, review atau event berbayar.
https://yeopmaz.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *