Bagaimana Tempah Bilik Hotel dengan Cepat dan Mudah?

Kongsi Entri Ini di
Content Protection by DMCA.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pernah tak anda buat tempahan hotel ataupun menempah tiket flight melalui online?

Bagi anda yang dah biasa tu, memanglah takde sebarang masalah dengan benda-benda macam ni, just set up plan bila, memang laju terus buat tempahan tanpa teragak-agak.

Tetapi, lain pula ceritanya bagi anda yang kali pertama nak berjinak-jinak dengan tempahan menggunakan online ni, mesti anda mengharapkan agar tak complicated sangat cara-cara nak menempahnya.

Jadi, buat yang pertama kali ingin mencuba cara menempah hotel or flight secara online, disini ada satu berita baik buat anda semua!

Anda pernah dengar tak Traveloka?

Traveloka ni sebenarnya merupakan sebuah laman web dimana anda boleh membuat tempahan hotel dan juga menempah tiket flight pada harga yang murah dan berpatutan.

Lebih-lebih lagi, kalau anda nak pergi bercuti kat dalam negara luar kan, anda boleh tengok kat Traveloka Malaysia.

Kat situ, ada bermacam-macam jenis hotel yang boleh anda pilih dan buat keputusan untuk tinggal bergantung kepada bajet anda dan lain-lain.

Membuat Tempahan Dengan Mudah dan Cepat

Dengan adanya Traveloka, anda tak perlu bersusah-payah untuk membuat tempahan secara terus ke kaunter yang belum tentu lagi ada kekosongan untuk anda.

Dah lah penat-penat datang dari jauh dan mengambil masa pulak tu, sekali bila walk in penuh pulak, mesti lah frust kan.

Jadi, ia sesuai untuk anda membuat tempahan secara online dulu sebelum anda pergi terjah, baik untuk membuat tempahan hotel mahupun membuat tempahan tiket penerbangan.

Di samping itu, Traveloka juga menyediakan laman web yang mesra pengguna serta sangat mudah difahami oleh golongan muda mahupun yang berusia.

Jadi, anda tak perlulah risau sangat untuk membuat tempahan secara online dengan Traveloka ni. Sekadar ikut arahannya yang mudah, tup tup dah siap!

Lagi satu, anda jangan tak tau pulak, yang sekarang ni Traveloka dah ada aplikasi di telefon pintar tau. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi tu sama ada menggunakan iOS app ataupun dengan Android.

Jadi lepas ni tak payah la anda bersusah payah nak cari komputer ke laptop ke untuk buat tempahan, sambil korang relax-relax pun dah boleh buat booking. Bak kata orang anywhere and at any time.

Cara Pembayaran yang Efektif

Membuat pembayaran di Traveloka sangatlah mudah, anda hanya perlu ada baki yang mencukupi untuk membuat bayaran.

Semua jenis kad kredit mahupun kad debit yang mempunyai logo Visa, Master Card, AMEX adalah diterima pakai.

Bukan itu je, cara untuk membuat pembayaran juga sangat mudah.

Anda hanya perlu memilih pembayaran secara kad kredit, isi borang yang disediakan, dan tekan butang ‘Pay’. Lepas tu, 60 minit lepas anda buat pembayaran, anda akan diberi instant comfirmation dan e-ticket melalui email.

Selain itu, semua transaksi kad kredit melalui Traveloka dilindungi sepenuhnya oleh teknologi Secure Socket Layer RapidSSL (Verisign Group).

Lagi satu, yang paling penting sekali ianya tak ada caj yang tersembunyi. Apa yang dipaparkan di skrin, itu lah harga yang akan anda bayar. Bak kata orang, harganya memang transparent dan telus.

Perbandingan Harga

Untuk pengetahuan anda yang ingin membeli tiket penerbangan, Traveloka telah memudahkan kerja anda dengan dengan membandingkan harga tiket flight untuk kesemua syarikat airlines yang didapati pada tarikh yang anda pilih tu.

Jadi, tak perlu lah anda nak kena buka satu-satu website airline untuk membuat pembandingan harga tiket mana yang paling murah.

Selain itu, harga yang ditawarkan oleh Traveloka juga merupakan harga yang paling rendah kalau nak dibandingkan dengan tempat lain.

Bukan itu je, siap dengan diskaun sekali tau. Hurmm, kalau korang nak harga diskaun atau harga promosi, anda kenalah login sebagai member di Traveloka dulu, barulah dapat enjoy diskaun tu.

Jadi, apa tunggu lagi, jom muat turun aplikasi Traveloka di smartphone anda sekarang! And have a fun holiday ahead guys!

Content Protection by DMCA.com

0 comments on “Bagaimana Tempah Bilik Hotel dengan Cepat dan Mudah?Add yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *