Tempah Kad Blog Percuma di Pixajoy

By | Oktober 21, 2016

Assalamuaikum dan selamat sejahtera.

Baru-baru ini yeop terjumpa Facebook Pixajoy yang menawarkan kad bisnes (atau kad blog) secara percuma.

Klik di link yang diberi, ia terus ke laman web www.pixajoy.com.my/name-card yang menawarkan kad blog secara percuma. Anda hanya perlu membayar kos penghantaran saja.

pixajoy

Oh ye, mereka hanya beri 50 tempahan sahaja setiap hari.

Dah tebus, boleh bina kad yang anda suka. Ia mempunyai beberapa templat yang menarik dengan pelbagai warna. Di situ juga anda boleh memuat naik gambar-gambar yang cantik dan hensem di dalam kad itu.

pixajoy-2

Sebenarnya yeop suka bina sendiri kad blog, sebab kepuasan yang sangat berganda dan membinanya hanya sekadar beberapa klik saja. Dengan Editor Piaxajoy yang disediakan, anda boleh membinanya walaupun kali pertama anda bina. Yeop pun menguji editor itu menggunakan Salam Browser, ia tidak bermasalah bila mengeditnya.

Dah siap semuanya, yeop check-out terus membayarnya. Rupanya yeop hanya bayar kos penghantaran saja.

pixajoy-3

Dah selesai, tunggulah kad yeop sampai kat sekolah yeop.

Hari ini, baru sampai kad yeop. Alhamdulillah, selamat tiba ke tangan yeop.

Bila buka paket itu, yeop teruja sangat. Best, gembira, terbaik.

pixajoy-4

Kini, yeop mempunyai kad blog baharu. Versi 3.0 sudah.

Respon yeop dengan servis Pixajoy?

Kali pertama yeop menempah kad blog di laman web, dengan peluang yang ada yeop rebut juga. Alhamdulillah, rezeki tak pernah silap. Dengan servis yang mereka sediakan, yeop pasti yeop boleh membinanya tanpa pikir memacam. Template yang terlampau banyak, pelbagai warna, boleh memuat-naik gambar-gambar dan penggunaan kod QR yang boleh dibina hanya digunakan di aplikasi Pengimbas QR di Apple App Store dan Google Play Store.

Kertas yang digunakan oleh pihak Pixajoy pun sangat baik, berkualiti dan cantik. Servis penghantaran pun sehari sampai.

Apapun yeop rekomen kepada anda yang ingin membuat buku album, poskad tapi kos yang berpatutan, terus tempah ke www.pixajoy.com.my. Sekarang mereka membuat promosi hangat. Cepat-cepatlah ke laman web yang diberi.

Yeop beri anda 5 bintang kepada Pixajoy.

9 thoughts on “Tempah Kad Blog Percuma di Pixajoy

    1. Yeop Maz Post author

      kad blog ibarat sebagai kad pengenalan kita.

      selalunya PR yang mintak kad blog kita.

      Reply
  1. Jueliza

    Jue pun ada buat jugak.. hehehe yg pixajoy jue buat special skit sebab ada alamat rumah..

    Reply
    1. Yeop Maz Post author

      yeop punya kad pun masih banyak lagi, tapi tertarik dengan templat yang dorang bagi.

      percuma pulak tu.

      Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *