Tempat Tumpuan Pelancong Sepanjang Cuti Sekolah

By | Oktober 30, 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tiba-tiba yeop nak berangan untuk menghadapi cuti sekolah yang bermula hujung November setiap tahun, dahlah panjang sampai 2 Januari. Fuh mesti ada tempat yang anda ingin pergi ke seluruh Malaysia.

Eh ada ke? Mestilah ada…

1. Putrajaya

Walaupun bandar ini menjadi pusat pentadbiran Malaysia sekarang ini tetapi tidak menghalang anda ke tempat ini. Mungkin anda yang sukakan kereta berkuasa elektrik, ada Perlumbaan FIA Formula E pada 22 November ini. Perlumbaan ini bakal menjadi hangat dan semestinya ramai pelancong dari dalam dan luar negara berkumpul dan menyaksikan perlumbaan ini. Selain itu, di depan Pusat Pentadbiran juga boleh anda bersantai di dataran yang luasss…

Melaka. Dari Bing Imej

Melaka. Dari Bing Imej

2. Melaka

Bandar Bersejarah. Mesti ramai tahu dengan tempat itu dengan peninggalan sejarah yang terlalu banyak di sini. Jadi peluang ini perlu diambil untuk mengenali sejarah dan banyak jugalah muzium sekitar Bandar Hilir. Tak rugi kalau anda naik Menara Taming Sari dan Melaka River Cruise sebab anda akan teruja dengan keindahannya.

Pulau Pinang. Dari Bing Imej

Pulau Pinang. Dari Bing Imej

3. Pulau Pinang

Bandar yang dijajah oleh Inggeris sejak 1800-an kini meninggalkan sejarah yang amat banyak dan telah dijadikan pusat pelancongan seperti di Melaka. Sesampainya di sana, jangan lupa beli jeruk buah yang amat manis dan murah. Betul apa?

Kelantan. Dari Bing Imej

Kelantan. Dari Bing Imej

4. Kelantan

Bandar yang mengamalkan budaya Islam bakal menjadi pusat pelancongan kerana ada gadis cantik molek (dan mesti Abang Ensem sukakannya. hehehe) dan pakaian batik yang murah-murah dan mesra penjual. Walaupun ada sesetengah kain agak mahal tetapi kualiti yang mempengaruhi pembeli. kan…

Pulau Redang, Terengganu. Dari Bing Imej

Pulau Redang, Terengganu. Dari Bing Imej

5. Terengganu

Nak pergi ke pantai boleh tapi kena berjagalah sebab sekarang musim tengkujuh. Nak tengok penyu bertelur pun boleh, pergilah ke Rantau Abang.

Pergi Pulau Pangkor mesti naik bot ini. Dari Bing Imej

Pergi Pulau Pangkor mesti naik bot ini. Dari Bing Imej

6. Perak

Eh tempat asal teman ni, mestilah ada tempat menarik di sini. Nak pergi Lumut pun boleh jugak, pergi ke Pulau Pangkor pun boleh, sesuai sangat dengan tempat berbulan madu untuk pengantin baru.

Legoland Malaysia, Johor. Dari Bing Imej

Legoland Malaysia, Johor. Dari Bing Imej

7. Johor

Sekarang tempat tumpuan anak-anak kepada Legoland. Tempat syurga kanak-kanak dan ibu bapa yang sanggup datang dari utara terus ke sini semata-mata untuk ke sana. Pasal harga tiket, orang kaya bolehlah.

Helang di Pulau Langkawi. Dari Bing Imej

Helang di Pulau Langkawi. Dari Bing Imej

8. Kedah

Jelapang padi. Wah mesti anda ingat dengan negeri ini yang penuh dengan hasil padi yang terbesar di Malaysia. Bukan itu saja, di negeri ini pun ada pulau bebas cukai yang anda pasti teruja dan semestinya menjadi pilihan pengantin baru untuk berbulan madu. Pulau Langkawi adalah salah satu pulau yang tidak mengenakan cukai eksais dan semestinya barang di sana amat murah berbanding di Semenanjung Malaysia. Jadi tak rugi kalau berada di sana bukan?

bukitfraser

Bukit Fraser. Dari Bing Imej

9. Pahang

Di sini penuh dengan kehijauan dan kesejukan tahap serendah 3°C, terutama di Cameron dan Genting Highlands yang mempunyai taman tema Genting di sana. Kalau anak-anak mesti gembira kerana inilah syurga kanak-kanak. Selain itu, singgahlah ke Bukit Fraser yang penuh dengan tempat bersejarah seperti Bangunan bercirikan Inggeris dan anda mesti menetap beberapa hari di sana. Tempat itu juga menjadi pilihan pengantin baru tau. Hihi

Setakat ni yeop taulah. Mungkin ada tambah lagi yeop tambah saja. Kalau ada maklumat berkaitan ini boleh terus komen di bawah ini.

19 thoughts on “Tempat Tumpuan Pelancong Sepanjang Cuti Sekolah

  1. Hanis Amin

    Sebenarnya banyak je tempat-tempat menarik dalam Malaysia ni kan. Tak perlu pergi jauh-jauh pun. Setiap negeri ada keistimewaan tersendiri

    Reply
    1. Khairil Mazri Post author

      Memang betul cuma kita ketengahkan tempat yg sering jadi tumpuan pelancong. Jika ada tambahan boleh ajukan.

      Reply
  2. duniafarisya

    dalam banyak-banyak tempat,saya suka pergi Kedah sebab banyak sawah.Kat sana juga rumah sahabat baik saya.Makanan dekat sana pun sedap-sedap 😀

    Reply
  3. Noriza Rahman

    Boleh bawa anak-anak pi karnival upin ipin 21-23 nov kat PICC putrajaya nanti

    Reply
  4. Amran

    Sekarang masa paling sesuai untuk tempah tiket dan cari tempat penginapan. Musim cuti tempat2 macam tu confirm penuh.

    Reply
  5. Fyda Noh

    Kat malaysia memang banyak sangat tempat pelancongan. Bangga jadi orang malaysia. Kita habiskan dulu melancing di malaysia, baru p obersea.

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *