Terima Kasih Ibu

By | Mei 12, 2013

Anak Soleh

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum nak panjangkan cerita ini, lebih baik kita baca sajak di bawah ini.

Terima Kasih Ibu

Ibu, kau permata hatiku
Kaulah yang selalu menemani diriku,
Tatkala gembira dan sedih mahupun suka duka,
Kaulah pengubat jiwa yang lara ini,
Ku selalu mendoakanmu ibu agar diberi rahmat Tuhan yang Esa.

Ibarat cahaya lilin yang terang,
Bagaikan bulan dan bintang menerangi malan yang indah,
Kau selalu memberi ketengang dalam diriku,
Marah engkau membuatkan aku sedar akan salah silapku,
Agar aku tidak ulangi buat kedua kalinya.

Di rumah kau memasak, membasuh, mengemas juga mencantikkan suasana,
Terima kasih ibu aku ucapkan,
Lalai dan lupaku kau selalu ingatkan,
Umpama guru mencurahkan ilmunya yang sentiasa mekar di hati ini,
Nasihatmu akan ku abadikan tak akan kulupa.

Berwawasan semangat yang kugambarkan dalam dirimu,
Membuatkan aku bangga miliki ibu sepertimu,
Bekerja dan mengajar anak bangsa didikanmu juga kau berikan padaku,
Aku bersyukur miliki ibu sepertimu,
Mengajar erti dewasa manusia dalam segala kekurangan.

Tidak mampu kubalas jasamu ibu,
Hanya Allah yang mampu membalas keringatmu masa lalu, kini dan akan datang,
Kusimpulkan kata buatmu ibu “Aku sayang ibu”,
“Terima Kasih Ibu”.

Harapan diriku ingin gembirakan dirimu,
Berjaya dalam apa yang kumahukan dengan doa tulus darimu,

Ibu, kaulah jantung hatiku,
Merasa dunia milik Tuhan ini dengan pelbagai dugaan dan cabaran,
Kau ingatkan, ingatkan dan teruskan ingatkan,

Jasamu ibu akan kusemat dalam lubuk hatiku yang dalam,
Agar aku menjadi insan yang tabah sepertimu,
“Terima Kasih Ibu.”

– Artikel iluvislam.com

Memang betul, kasih ibu hanya terletak di kakinya. Subhanallah, memang besar kuasanya. Ya-Allah, sedarkah kita selama ini?

Kita, sebagai anak wajib patuh dan hormat kepada ibu kita, walau seburuk mana sikapnya. Walau ibu kita sakit, kita yang menjaganya.

Sebelum ibu kita memejamkan mata buat kali terakhir, luangkanlah masa walaupun satu jam bersama ibu kita. Kalo ibu kita tiada, siapalah kita kan…

Mari kita dengar, lagu-lagu sempena hari ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *