Tiga Mercu Tanda Ipoh Yang Ditelan Zaman

By | Oktober 4, 2016

Assalamualaikum dan sejahtera.

Bandar Ipoh mempunyai sejarahnya tersendiri.

Bandar yang masih mengekalkan keaslian pada struktur bangunannya, dari awal pembangunannya sehingga kini.

Tapi tahukah anda, ada tiga mercu tanda yang masih ada sehingga sekarang. Tapi ‘hilang’ dibawa arus pembangunan zaman kini.

super-kinta-pasar-besar-ipoh-utc-ipoh

1. Super Kinta
Suatu ketika dulu, Super Kinta adalah satu-satunya shopping mall yang menjadi tumpuan warga Ipoh pada zaman 80-an. Boleh dikatakan, segala-galanya ada dijual di sini. Setelah kemerosotan Super Kinta akibat tumbuhnya pelbagai pasar raya yang lebih moden, akhirnya ianya dijadikan UTC yang baru.

bazar-bulat-ipoh

2. Bazar Bulat
Bangunan ini terletak di Pasar Yau Tet Shin dan berhampiran dengan Jubilee Park di pusat bandar Ipoh. Ianya menempatkan pelbagai jenis kedai yang menjadi tumpuan ramai. Difahamkan, ianya turut menempatkan sebuah studio muzik milik sebuah kumpulan rock lagenda iaitu SYJ.

kompleks-yik-fong-lowyat

3. Kompleks Yik Foong
Sebuah kompleks membeli belah yang ibarat rumah pangsa ( kedai-kedai di dalamnya memiliki ruang sendiri). Dahulunya terkenal sebagai tempat berkumpul semua pengikut aliran underground. Di sini juga wujud sebuah kedai muzik yang menjual segala macam bendalah koleksi muzik underground ( kaset, zine, majalah). Sekarang lebih terkenal sebagai pusat IT ( macam Low Yatt).

Dipetik dari Facebook Seladang Perak.

One thought on “Tiga Mercu Tanda Ipoh Yang Ditelan Zaman

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *