Tip Keselamatan Perbankan Internet

By | November 11, 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Setiap hari, kita sering membeli barangan keperluan seperti pakaian, gajet, aksesori kereta atau lain-lain di Internet. Tidak kiralah anda membeli di Lazada, Zalora, atau mana-mana laman web yang menawarkan harga yang murah berbanding membeli di pusat membeli-belah atau pasaraya besar.

Sejak akhir-akhir ini, beberapa laman web palsu dibina untuk mempengaruhi pengguna untuk melog-masuk melalui emel spam. Apa yang menariknya, ramai yang terkena dengan alamat laman web palsu sehingga ditipu dengan mereka. Jadi, nak dapat balik pun tiada gunanya.

Tahukah anda, anda perlu memastikan keselamatan semasa membeli belah di Internet.

Tip Keselamatan Perbankan Internet

Perkara yang anda PERLU lakukan adalah:

  1. Pastikan kata laluan atau nombor PIN anda disimpan dengan selamat. Jika perlu, hafal dan tukar kata laluan anda dari masa ke semasa.
  2. Semasa anda log masuk (login), sila lihat alamat https:// pada URL. Contohnya, untuk laman web Lazada, linknya seperti https://www.lazada.com.my
  3. Pastikan anda keluar sepenuhnya setiap kali sesi perbankan Internet selesai dilakukan dan tidak menutup browser sahaja.
  4. Sekiranya anda tidak yakin terhadap ciri-ciri keselamatan pada komputer, jangan lakukan transaksi perbankan Internet.
  5. Gunakan perisian yang terkini seperti anti-spyware dan firewall.
  6. Pastikan komputer dan laman sesawang yang anda lawati adalah yang terkini dan benar-benar tulen.
  7. Sentiasa periksa tarikh dan masa, pastikan tarikh dan masa terakhir anda layari laman sesawang tersebut.

Perkara yang anda JANGAN lakukan adalah:

  1. Jangan klik sebarang e-mel yang mempunyai link atau akses kepada laman sesawang perbankan Internet.
  2. Jangan berikan respon pada sebarang e-mel yang meminta maklumat peribadi anda, termasuk maklumat akaun bank anda.
  3. Jangan tinggalkan komputer anda tanpa pengawasan apabila anda sedang mengendalikan transaksi perbankan Internet.

Setakat ini untuk Tip Keselamatan Perbankan Internet di entri yeop.

Laporkan sebarang penipuan Internet kepada CyberSecurity melalui emel: cyber999@cybersecurity.my atau telefon 1-300-88-2999 atau Facebook CyberSecurity Malaysia.

Elakkan penipuan di Internet, Anda selamat.

Penafian: Entri ini bukan berbayar, entri ini ditulis untuk kesedaran semua pengguna Internet di Malaysia.

2 thoughts on “Tip Keselamatan Perbankan Internet

  1. kauthar mohd

    Terima kasih abang yeop berkongsi perkara penting yang masyarakat perlu tahu dan ambik berat supaya tak lagi jadi bahan penipuan siber

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *