Tips Balik Kampung Dengan Selamat di Hari Raya

By | Julai 2, 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kita semua ingin balik kampung dengan selamat untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama sanak saudara. Sudah pasti keselamatan kita di jalan raya adalah suatu perkara yang sangat penting.

Sila Ikuti 16 Tips keselamatan jalan raya di bawah ini. Berikut adalah langkah yang perlu diambil oleh setiap pemandu pada bila-bila masa. Tips Balik Kampung Dengan Selamat di Hari Raya.

Tips Balik Kampung Dengan Selamat di Hari Raya

1. Rancang perjalanan anda. Jika berasa letih, mengantuk atau tidak tenteram, tangguhkan perjalanan. Rehatlah secukupnya sebelum memulakan perjalanan.

2. Ikut had laju yang ditentukan. Nak bawa laju ikut keadaan dan situasi. Jangan bawa 60-70km/h tapi anda di laluan kanan. Ini akan menyebabkan kesesakan dan pemandu lain marah.

3. Ini penting! Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning.

5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain terlalu rapat kerana ia sering menjadi punca kemalangan yang serius. Lagi lagi ketika jalan basah atau hari hujan.

6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak. Jangan lupa memberi isyarat untuk memotong! Memotongla dengan kelajuan sesuai. Jangan memotong dengan kelajuan yang perlahan macam jalan itu anda yang punya walaupun anda memotong lori. Kerana mungkin kereta belakang anda laju. Bertolak ansur lah di jalan raya.

7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadab tetapi membahayakan semua pengguna. Ini Tips Balik Kampung Dengan Selamat di Hari Raya yang paling utama.

8. Elakkan mencelah di antara kenderaan. Ini boleh menyebabkan kenderaan bergesel dan kemalangan.

9. Memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik umpamanya brek, tayar, lampu dan sebagainya sebelum memulakan perjalanan. Dan bawa alat kelengkapan (tools). Contohnya Pam angin,jeck tayar,skru driver,spanar amat berguna ketika kecemasan dan bila berlakunya kerosakan kecil.

10. Berhenti untuk berehat seketika di tempat-tempat persinggahan yang disediakan jika terlalu letih dan mengantuk.

11. Pasangkan kerusi keselamatan untuk penumpang bayi atau kanak-kanak.

12. Pastikan kenderaan anda diservis, baiki segala kerosakan terlebih dahulu sebelum jalan jauh.

13. Sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan di lorong kecemasan atau di bahu jalan, sila nyalakan lampu isyarat kecemasan.

14. Di dalam hujan lebat memandulah dengan perlahan, gunakan gear rendah dan nyalakanlah lampu kenderaan anda (jangan gunakan lampu isyarat kecemasan, lampu isyarat kecemasan adalah bagi kenderaan yang berhenti sahaja)

15. Bagi yang beragama Islam seeloknya membaca doa naik kenderaan dan berwuduk sebelum memulakan perjalanan. Dengan cara ini akan menambahkan lagi keyakinan pemandu. Dengan berwuduk akan memberi kelebihan tubuh badan yang sihat, serta pemandangan yang jelas.

16. Apabila berlakunya kesesakan anda jangan stress..cuba lakukan aktiviti yang boleh anda hadapi kesesakan itu..contohnya mendengar lagu kegemaran, berborak dengan teman sebelah. Hadapi dengan tenang..pemanduan yang tidak tenang akan menyebabkan kemalangan.

Bayangkan destinasi anda sebelum memulakan perjalanan dan insyaAllah anda akan tiba dengan selamatnya. Cubalah Tips Balik Kampung Dengan Selamat di Hari Raya ini.

Dipetik dari Facebook MR Garage Autopart.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *