Info Informasi Tips

Tips Bina Blog Peribadi atau Laman Web

Kongsi Entri Ini di

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rasanya dah lama yeop tak beri tips di blog yeop ni. Biasalah, kadang-kadang yeop menulis pun ikut kepada kemampuan diri sendiri. Ada yang baca, ada yang tak hairan. Tapi bab perkongsian tu wajib yeop buat supaya menjadi tatapan semua pembaca.

Okeylah, yeop teruskan dengan entri terbaharu ini.

Yeop telah menerima satu emel dari pembaca blog yeop. Dia menghantar pertanyaan tersebut di borang Hubungi Yeop.

Isi kandungan yang ditulis adalah :

Assalamualaikum tn…saya amat tertarik dgn penyampaian tips dan susunatur website tn.Oleh itu, boleh saya tahu tip2 atau panduan untuk membangunkan website atau blog persendirian.Mohon pandangan tn
Terima Kasih

Soalan yang menarik. Terima kasih kepada beliau kerana menanyakan soalan ini.

Yeop sendiri tak pernah berkongsi tips atau panduan untuk membangunkan laman web atau blog persendirian, tetapi yeop pernah berkongsi mengenai Prinsip Menulis di Blog Yeop.

Terus terang yeop berkata, yeop ni tak sehebat Hasrul Hassan yang pakar dalam blognya, taklah sehebat Tuan Denaihati dengarnya dah mencecah sejuta like di Halaman Facebooknya. Yeop hanya blogger yang masih rendah hati dengan belajar ilmu dari mereka berdua.

Tapi takpelah, yeop cuba berkongsi apa yang yeop dapat semenjak yeop menguruskan blog ini dan blog terdahulu.

Tips-tips untuk membina blog dan laman web

Sebenarnya tips ni agak mudah tetapi untuk pembaca baru dan blogger baru nak naik, agak sukar kerana mereka perlu menaikkan jenamanya di Google Search. Samalah macam yeop, bukan hebat pun menulis. Sekadar berkongsi idea dan pendapat pun kira dah mencukupi.

Selalunya yeop menggunakan tips seperti berikut :

  1. Tujuan membina blog/laman web

Sebelum membina, tanya diri sendiri. “Kenapa aku nak bina blog?”

Soalan tu nampak mudah, tapi jawapannya bercabang. Ada yang sekadar kongsi informasi dan tips, ada yang suka tularkan macam-macam yang berada di Facebook atau Instagram, ada yang juga main salin-lekat (copy-paste) dari laman portal berita, ada yang nak jadikan blog sebagai blog politik, dan bermacamlah.

Maksudnya, apa yang anda buat ingat pada niat kita untuk bina blog. Macam yeop, niat membina blog kerana berkongsi apa yang yeop rasa dan yeop alami. Kadang-kadang yeop berkongsi informasi dan tips sebegini supaya orang tahu, dan banyak lagi.

2. Bahan yang diperlukan = Google Search

Kenapa Google Search?

Google Search adalah satu laman carian terpopular di Malaysia dan dunia, dengan segala informasi dan idea boleh bercambah melalui gambar dan beberapa perkataan sahaja.

Tapi, dalam Google Search pun boleh jumpa benda yang mengarut dan entah apa-apa entah.

Jadi, pikir dulu sebelum mencari sesuatu di Google Search.

3. Blogger atau WordPress?

Pada permulaannya, yeop sarankan anda menggunakan blogger.com atau wordpress.com. Mesti anda pening, Apa itu Blogger, apa itu WordPress?

Blogger adalah satu laman web yang membolehkan anda membina blog dengan mudah dengan papan pemukanya sangat mudah, tidak perlu tetapkan apa-apa. Sekadar letak nama blog, domain yang kita nak, pilih tema dan bina blog.

Kemudian, anda boleh menulis entri terbaharu hanya beberapa klik dan perkataan dan terus siarkan.

WordPress pula, pesaing Blogger yang menyediakan tema yang cantik dan papan pemukanya agak sukar jika anda blogger baru nak naik.

Maksudnya, WordPress adalah satu laman web yang boleh membina blog hanya untuk orang yang mencari kelainan dan bosan melihat tema di Blogger. Kebanyakannya, orang yang berpengalaman saja boleh menguruskan WordPress dengan tiada masalah apa-apa.

Antara dua, Blogger atau WordPress? Tepuk dada, tanya diri sendiri.

4. Belajar dari orang berpengalaman

Semestinya, menulis blog bukan untuk suka-suka. Ia adalah jenama kita. Bila nak naikkan jenama kita, semestinya ada halangan-halangan yang semestinya anda tak mampu nak melayan.

Tapi untuk mereka yang sudah lama berkecipung dalam blog, alah bisa tegal biasa. Cabaran itu hanya sekadar petik jari je. Hendak bina jenama bukan mudah, perlukan kesabaran dan berilmu supaya orang akan cari kita bila menulis entri, silap hari bulan tulisan kita disiarkan di majalah-majalah popular.

Jadi, carilah orang yang berguru dan berpengalaman dalam blog supaya anda tidak mengalami masalah bila menulis entri.

Ingat, berilmu bukan sekadar kena bayar beratus-ratus ringgit, ada juga mereka yang dikenakan secara percuma. Contohnya, cari je dalam Google Search.

5. Pemilihan tema yang sesuai dengan blog

Tema blog adalah pilihan subjektif, kerana orang yang membaca tidak pernah bertanya apa yang kita gunakan untuk tema blog yeop. Yeop berterima kasih kerana beliau kerana memuji tema yang yeop pilih.

Yeop sukakan warna hitam kerana yeop suka membaca pada waktu malam. Warna hitam ibaratkan sebagai hidup yang berada dalam kegelapan, tapi bagi yeop pemilihan tema blog ini sesuai dengan jiwa yeop. Orang yang membacanya tidak pening untuk baca.

Yeop nak berkongsi tips tema pula, tema blog tak semestinya kita suka orang yang membacanya pun suka. Jadi, pemilihan tema yang ringan dan widget yang tidak banyak (atau kosong) sebenarnya bagus kerana orang yang membacanya tidak melihat wijet yang kita lekat di tepi blog kita, terutama anda yang membaca melalui telefon pintar.

Jadi, susunan dan pemilihan tema yang menarik mampu menarik perhatian pembaca untuk membaca blog yeop. Tak gitu?

Kesimpulan

Tips-tips ini selalunya yeop buat supaya anda yang mahu membina blog sendiri boleh ikut cara yang yeop sediakan, tetapi tidak dibenarkan menyalin semula. Itu hanyalah contoh blog yang menarik dan mampu menarik pembaca untuk membacanya.

Diharapkan tips ini akan memberi manfaat kepada anda yang bertanyakan soalan yang sama seperti pembaca yeop ini.

Sebarang pertanyaan atau pandangan, anda boleh mengisi borang di yeopmaz.com/hubungi-yeop

Okeylah, itu saja.

Yeop Maz
Lifestyle Blogger and Influencers. Hubungi yeop di yeopmaz@gmail.com atau mssg.me/haiyeop untuk permintaan promosi, review atau event berbayar.
https://yeopmaz.com

3 Replies to “Tips Bina Blog Peribadi atau Laman Web

  1. Kalau betul-betul serius nak bina blog atau laman web, disarankan mula dengan membeli domain sendiri (.com/.net/.my/lain-lain) untuk blog atau laman web tu. Domain salah satu penjenamaan bagi blog kita, selain tema, gaya penulisan, dan sebagainya yang akan buat orang kenal blog kita.

    Ramai yang bermula dengan guna sub-domain (Contoh: blogspot.my). Lepas dah lama guna yang tu baru nak tukar ke domain sendiri. Jadi, terpaksa mula balik daripada kosong untuk naikkan jenama (domain) yang baru. Termasuk Google search terpaksa index semula link baru sebab domain bertukar.

    Sekadar pendapat je. Apa-apa pun terpulang pada diri sendiri nak buat macam mana.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *