Tips Ketika Jerebu

By | Jun 22, 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kini semakin teruk dengan cuaca jerebu di seluruh Malaysia.

Apakan daya, terpaksa berehat di rumah nampaknya, tapi ituu salah satu cara mengelakkan terkena jerebu.

jerebu

Disini ada beberapa tips untuk menjaga kesihatan di musim jerebu:

1. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.

2. Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.

3. Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.

4. Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah,Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih. Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.

5. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.

6. Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )

7. Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

8. Gunakan aircond di dalam kenderaan. Jangan buka cermin kereta sekiranya tidak perlu.

6 thoughts on “Tips Ketika Jerebu

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *