Tips Mendapatkan Gigi Putih Bersih

By | April 11, 2012

1. Cuba gunakan serbuk penaik dua kali sebulan untuk menyental kotoran gigi yang kelihatan kekuningan.

2. Apabila menggosok gigi, titiskan sedikit minyak cengkih pada ubat gigi yang telah dipicit pada berus gigi tips ini untuk gigi kelihatan bersinar.

3. Campurkan satu sudu teh jus lemon bersama satu sudu teh garam. Kemudian sental pada gigi anda untuk mengelakkan gigi kuning.

4. Boleh juga mengamalkan parutan kulit limau di bahagian dalam yang bewarna putih untuk digosokkan pada gigi.

5. Campurkan daun bay kering (bay leaf) dengan kulit oren kering dan gunakan sebagai penyental gigi, di gunakan setiap hari untuk gigi putih.

6. Tumbuk lumat buah pinang yang disalai, kemudian gosok-gosokkan pada gigi untuk membuang karat dan kotoran degil pada gigi.

7. Paling penting, selain menggosok gigi minimum tiga kali sehari, pastikan juga cara menggosok itu betul dengan mengambil kira bahagian luar dan dalam.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *