Tiga Tips Simpan RM10,000 (atau lebih) Dalam 12 Bulan

Kongsi Entri Ini di
Content Protection by DMCA.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sudah lama yeop tak menulis entri. Kebiasaannya yeop menulis bila waktu lapang (kadang-kadang waktu sibuk pun tulis jugak), kadang-kadang jugak mendapat kerja review dari mereka yang mempercayai penulisan yeop.

Bolehlah…

Sekarang ni, kita sedang mengalami zaman matawang negara Malaysia yang sangat tidak stabil. Harga barangan makin mahal, kuasa pembeli semakin berkurangan kerana mementingkan barangan keperluan sahaja, apatah lagi kos harga minyak petrol dan diesel yang tidak stabil.

Nak tak nak, kita kena menyimpan duit walaupun duit kita semakin sengkek pada pertengahan bulan. Ya, kita terpaksa menyimpan duit dalam akaun bank.

Tiga Tips Simpan RM10,000 (atau lebih) Dalam 12 Bulan

Kali ini yeop nak berkongsi tiga (3) tips menyimpan duit sebanyak RM10,000 (atau lebih) dalam masa 12 hingga 24 bulan. Tips ini sesuai untuk mereka (dan yeop) yang suka habiskan duit dengan cepat.

Tips Pertama : Sediakan Akaun Bank Kedua atau Ketiga.

Nampak macam pelik kan. Tapi untuk mereka yang berniaga dalam talian, perkara ini wajib dibuat untuk mengasingkan antara duit bisnes dan duit peribadi.

Samalah untuk menyimpan duit simpanan anda. Setiap bulan, anda akan mendapat gaji kan. Jadi, anda perlu buka akaun sekurang-kurangnya satu dari bank lain (seeloknya ada buku akaun bank). Hal ini anda akan mengurus kewangan anda dengan bijak.

Tips Kedua : Simpan Duit Kertas Berwarna.

Tips ini memerlukan sikap yang konsisten dan perlu patuh dengan diri sendiri.

Kenapa?

Jika anda malas nak mengikuti tips ini, anda akan sering lupa dengan janji manismu (mesti terbayang lagu Janji Manismu Aishah kan.. hahaha. Yeop pun sama.)

Anda boleh menyimpan duit berwarna minimum RM5.00 (Lima Ringgit Malaysia) sehingga RM20.00 (Dua Puluh Ringgit) sehari dengan tabung berbeza-beza. Seeloknya labelkan saja pada ketiga-tiga tabung itu.

Tabung itu perlu simpan dengan tersorok, di dalam kotak panjang yang banyak terdapat di kedai runcit terdekat anda.

Contoh :

  • RM5.00 (Hijau)
  • RM10.00 (Merah)
  • RM20.00 (Oren)

Sebab apa perlu simpan RM5.00 dan RM20.00?

Anda komen sebabnya di entri ini.

Tips Ketiga : Simpan Minimum RM400 Sebulan di Akaun Bank Kedua.

Ingat tak Tips Pertama tadi?

Tak ingat, baca balik okey.

Tips ini sangat sesuai kalau Tips Kedua susah sangat nak dapatkan RM5.00 sehari.

Setiap gaji bulanan anda wajib memasukkan MINIMUM RM400 sebulan ke akaun bank kedua anda. Sebab tu yeop tekankan Tips Pertama tadi.

Anda boleh masukkan menggunakan secara Perbankan Internet atau terus saja ke kuanter bank. Dan pastikan anda konsisten setiap bulan.

Anggap duit anda di akaun kedua tu sebagai hutang bulanan anda. Hutang mesti wajib bayar kan, tapi simpanan bulanan wajib anda tunaikan. Ingat ini.

Jika gaji anda meningkat setiap tahun, anda tambahlah RM50 dari RM400 sebulan. Bukan banyak sangat pun.

Tips Tambahan : Sertai Kutu Bulanan dari Orang Dipercayai.

Tips ini sangat menarik, tapi bergantung kepada bayaran kutu bulanan.

Anda boleh menyertai Kutu Wang dari orang yang anda percaya, dan diingatkan bahawa yeop tidak menggalakkan anda menyertai dari orang yang anda sendiri tidak kenal.

Anda boleh menyimpan minimum RM100 sebulan, bergantung kepada penganjur sendiri yang menetapkan bayarannya.

Pada masa anda dapat duit kutu, simpan duit kutu anda di akaun bank kedua anda. JANGAN SESEKALI MENYIMPAN DI AKAUN UTAMA ANDA.

Kesimpulan

Tips ini yeop pernah lalui sejak tahun lepas lagi. Tips yang yeop ikuti memberi respon yang baik dan memberi kelegaan anda sekiranya anda sengkek di pertengahan bulan.

Tips ini juga perlu konsisten dan perlu disiplin yang tinggi.

Diharap dengan perkongsian ini yeop memberi inspirasi kepada semua pembaca yang tercari-cari Tips Simpan RM10,000 (atau lebih) Dalam 12 Bulan.

Content Protection by DMCA.com

5 comments

  1. Kaklong memang susah nak menyimpan. Lepas ni nak sorok duit aeal2 di akaun laij sperti yang yeop sarankan.

    Tq for the tips 🙂

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge