Tips Terawih Cara Imam Muda Asyraf

By | Mei 26, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

imam-muda-asyraf

Malam ini adalah malam pertama Solat Sunat Terawih. Imam Muda Asyraf ingin berkongsi tips untuk semua…

Malam ni dah mula Solat Tarawih. Para huffaz yg jadi imam mula sibuk melancarkan hafalan. Antara tips bertarawih :

1) Jangan cari masjid ‘champion’ :

Ada org mencari masjid mana ‘champion’ paling awal habis tarawih. Maka bacaan imam mula menjadi ekspress. Bacalah al-Quran dgn tertib. Samada secara tadwir atau hadar dgn menjaga sifat huruf.

2) Istilah ‘tarawih’ bermaksud rehat. Istilah yg biasa diguna pakai selain ‘tarawih’ ialah solat al- lail dan qiyam ramadhan. Kerehatan yg dimaksudkan ialah berdasarkan hadith Aisyah yg suka dgn cara solatnya Nabi SAW. Baginda akan berehat sebentar selepas 4 rakaat solat. Dan sambung solat semula. Kalau dah nama pun ‘rehat’, maka janganlah kita solat kelam kabut sambil drift.

3) Khatam al-Quran 30 juzuk:

Satu juz ada 10 helai. Kalau setiap slps waktu solat kita baca 2 helai, cukup sehari kita habis 1juz al-Quran. Istiqamah 30hari insyaAllah khatam al-Quran.

4) Target hafaz satu surah sepanjang Ramadhan :

Antara Surah cadangan ialah Surah as-Sajadah. Krn surah Sajadah ada 30 ayat. Kalau kita istiqamah hafaz 1 hari 1 ayat, kita mampu tamat hafazan dlm sebulan Ramadhan.

5) Bersifat Mesra dgn Kanak-Kanak.

Mmg thabit Umar RA mendisiplinkan kanak2. Tp ‘mendisiplinkan’ tak sama dgn menyergah, memaki, mengherdik kanak2. Dah nama pun kanak2. Bising tu biasalah. Ibu ayah perlu memerhatikan anak2. Tp pihak jemaah solat yg lain perlu lbih mesra dgn kanak2. Jadikan masjid tempat yg kanak2 seronok datang. Bukannya masjid spt ‘Rumah Seram’ kpd kanak2. Apa kata kita buat mjlis pghargaan kpd kanak2 yg paling diam ke.. Ok jugak..

7) Buat kuiz terkumpul setiap malam.

Mungkin ada sesiapa tauke travel nk sponsor Umrah bg siapa yg dpt jwb soalan slps tarawih selama sebulan.. Saja bg cdgn..:)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *