Toyota AE86 Berusia 25 Tahun Yang Masih Di Dalam Plastik

By | Jun 28, 2016

Bagi pandangan pertama mungkin ada yang menganggap bahawa kereta keluaran lama, pasti akan menjadi sebuah kereta klasik lama yang sudah rosak. Namun dakwaan itu boleh disangkal jika kita melihat sebuah kereta Toyota Corolla AE86 ini. Ia dijumpai di Belgium dimana kereta ini telah tersimpan di basement selama lebih 25 tahun. Lebih menarik, kereta ini masih dalam keadaan asal seperti baru keluar dari kilang dan tidak berkarat langsung. Kerusi didalamnya masih dibalut dengan plastik dari kilang.

Meter pada dashboard pun menunjukkan kereta ini baru berjalan sebanyak 48 kilometer. Pemilik kenderaan ini membeli kereta ini dan memandunya dari kedai kereta hingga ke basement tersebut. Dan kereta itu dibiarkan begitu selama lebih 25 tahun. Bau kereta ini juga masih bau seperti baru. Tuan kereta ini mengeluarkan minyak dari tangki dan bateri juga dibuka untuk mengelakkan kereta ini dari rosak.

Sumber Sini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *