“Trending” dikenali sebagai “Sohor Kini”

Kongsi Entri Ini di

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Setelah beberapa tahun perkataan “Trending” pada Bahasa Melayu, kini ia dikenali sebagai “Sohor Kini”

Ia adalah salah satu dari perkataan yang disiarkan oleh Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia pada hari Jumaat.

 

Selain itu, beberapa perkataan dari Bahasa Inggeris telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu.

Beberapa perkataan baharu yang telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu seperti viral (tular), selfie (swafoto), hashtag (tanda pagar) dan teaser (iklan acah) digunakan di mana-mana iklan dan akhbar-akhbar harian, termasuk entri blog ini.

Nampaknya, kita perlu biasakan diri dengan perubahan perkataan baharu yang telah diterjemahkan. Pada masa sama, yeop lebih sukakan penggunaan Google Terjemahan (Translate) sebagai sumber terjemahan paling mudah dan ringkas.

Arah Aliran atau Sohor Kini?

Cuma ada satu perkataan saja yang perlu lihat, iaitu Trending (Sohor Kini). Kalau mengikut dari YouTube, ada satu tab yang menulis Trending, tapi bila mengubah ke Bahasa Melayu ia menjadi “Arah Aliran”.

Bagi yeop, perkataan “Arah Aliran” adalah paling tepat untuk Trending berbanding “Sohor Kini”.

Dan beberapa perkataan lain yang perlu lihat dan semak semula oleh DBP Malaysia. Mungkin juga pihak berkenaan perlu bekerjasama dengan Google Malaysia untuk melihat dan semakan semula untuk perkataan-perkataan yang akan mengelirukan ramai orang, termasuklah golongan muda.

Kesimpulan

Tidak kisahlah ada perubahan perkataan yang diterjemah dari Bahasa Inggeris, ia masih digunakan oleh orang kita yang menggunakannya di laman sosial seperti Facebook, Twitter atau Instagram.

Benda ni memang kecil, tapi maksudnya agak berlainan berbanding menggunakan Google Terjemahan (Google Translate).

Harap sangat agar pihak DBP Malaysia merujuk kepada Google Malaysia kerana mereka mempunyai sumber yang paling luas dan bermanfaat kepada pengguna Internet.

8 comments

  1. Nak kena biasakan jugak penggunaan perkataan-perkataan baru ni. Nanti kalau ada yang tanya, setidak-tidaknya kita tahu apa maksudnya dan macam mana cara penggunaan perkataan-perkataan tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *