Tukar Tayar Bila Dah Botak!

By | Mac 27, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

HondaAccord1984

Alhamdulillah, hari ini yeop sangat sihat sangat dan dipanjangkan umur untuk teruskan hidup di dunia ini 🙂

Beberapa hari lepas yeop bawa kereta ke Taiping untuk pergi jumpa sahabat di sana. Semasa yeop bawa kereta, yeop rasa macam lain macam je. Dashboard dan stereng bergegar walaupun bawa dalam 60 kilometer sejam. Alhamdulillah, yeop sampai rumah dengan selamat.

Pada hari semalam adalah kenangan yang sangat yeop ingat, iaitu tayar kereta dah rosak!

Semalam yeop takde niat nak bawa kereta tapi rasa nak bawa juga ke Kampung Ganda Temengor Gerik (tempat yeop kerja) pergi balik. Bila nak balik ke rumah, yeop kebetulan nak pergi pekan Gerik. Bila nak parking kereta rasa lain macam, senget sebelah kiri. Yeop terus keluar kereta dan tengok kat tayar depan.

Ya-Allah, dah rosak!

Mujurlah kedai tayar berdekatan dengan tempat parking, dan kebetulan ada duit sedikit untuk tukar tayar. Bila sampai kedai tayar yeop terus kata “bos, tukar tayar depan kiri tu!” Dah keluar tayar untuk ditukar, yeop cakap dalam hati “Ya-Allah, mujurlah aku sampai di sini”

rosak

Dah siap tukar tayar baru dalam RM163.00, kiranya murah sangat tu. Mujur cukup duit nak bayar kat tokey. Akhirnya, kereta yeop takde dah gegar stereng dan dashboard. Bulan depan pula tukar tayar depan kanan pula. Kedai yang sama.

Jadi, yeop dah set di minda. “Jika berlaku gegar pada stereng dan dashboard siap sedia dengan duit anda”

Trivia: Tayar kereta yeop sebenarnya dah hampir 4 tahun tak tukar. Sebab tu yeop rasa lain macam je.

Sekian, Wassalam

16 thoughts on “Tukar Tayar Bila Dah Botak!

  1. Denaihati

    Alhamdumlillah bro sedar tayar dah rosak, kalau tap perasan dan jalan jauh memang bahaya sangat ni.

    Reply
  2. suri

    kalau murah ok mahal sakit kepala buatnya.time gaji still senyum nampak gigi lagi. boleh jalan jauh sikit pas ni ya

    Reply
    1. Khairil Mazri Post author

      yeop memang dah jangka sebenarnya, tapi kebetulan semata-mata. sampai paking kereta ternampak kerosakan teruk di tayar depan.

      Reply
    1. Khairil Mazri Post author

      huhu yeop tak sedar sebenarnya. sebab tu yeop tau bawa je

      alhamdulillah, nasib masih menyelebahi yeop 🙂

      Reply
    1. Khairil Mazri Post author

      tulah, mujur yeop sedar semalam. walaupun dah habis duit tapi yeop sangat bersyukur kerana yeop selamat pergi balik.

      Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *