Tun Dr. Mahathir Perdana Menteri Malaysia Ke Tujuh

Kongsi Entri Ini di

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Setelah Pilihan Raya Umum ke Empat Belas (14) berlaku pada 9 Mei 2018 lalu, Pakatan Harapan yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad menang majoriti hampir 7 negeri dari 14 negeri di Malaysia, menjadikan mereka berkuasa di tanah berbilang bangsa ini.

Bila kita mendengar pasal Tun Dr. Mahathir, kita teringat balik jasa-jasa beliau masa 22 tahun memerintah negara, sejak 1981 hingga 2003.

Kini, Tun Dr. Mahathir kembali ke arena politik dan memenangi kawasan Langkawi. Siapa tidak sangka, ramai rakyat Malaysia menyokong beliau.

Sebelum ini, beliau diboikot dan difitnah oleh Najib dan geng-gengnya hampir 3 tahun, apabila beliau secara terang-terangan melawan Najib tanpa rasa hairan.

Disebabkan ‘melawan kata orang tua’, Barisan Nasional lumpuh buat kali kedua sejak 13 Mei 1969. Tetapi mereka terus lumpuh sehingga Najib meletak jawatan sebagai Presiden UMNO dan BN serta merta.

Kini, Tun Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh (ke-7) dan bermulanya era Malaysia Baharu.

Kita tidak perlu memandang ke belakang, kita akan teruskan perjuangan kita dengan menyokong apa saja yang dibentangkan oleh negarawan ini.

Kita percaya, impian untuk mencapai negara Malaysia Baharu akan terlaksana juga suatu hari nanti. Walaupun ia mengambil masa sangat lama.

Rakyat Malaysia telah bersuara melalui peti undi, kita yang memilih mereka. Biarlah mereka membuat kerja untuk kita.

Ya, kita akan menyanyi lagu ini.

 

Setia

 

Sejahtera Malaysia

Terima kasih Tun Dr. Mahathir kerana memulangkannya kepada rakyat, kami akan mengingatinya sampai bila-bila. InsyaAllah.

Nota : Tun Dr. Mahathir telah disenaraikan sebagai Perdana Menteri Tertua di dunia dan Malaysia melalui Guinness World Records dan Malaysia Book of The Records.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *