Walimatul Urus

By | Oktober 1, 2012

Walimatul urus bermaksud :

Dr segi bahasa : Berkumpul

Dr segi Istilah syara’ : Jamuan atau kenduri yg di adakan sempena majlis perkahwinan bertujuan memberitahu orang ramai tentang perkahwinan tersebut .

Sabda RasulAllah s.a.w bermaksud

” Drp Anas bin Malik r.a bahawa nabi s.a.w telah melihat warna kuning pada Abdul Rahman bin Auf ,lalu baginda bertanya : Apakah ini ?.Jawab Abdul Rahman : Ya Rasulallah sesungguhnya saya telah berkahwin dengan seorang perempuan .Maharnya emas seberat biji tamar ,maka sabdanya Allah telah memberkati engkau , berkendurilah walau dengan menyembelih seekor biri-biri “

Hukum mengadakan walimatul urus : sunat muaakad

Hukum menghadiri walimatul urus : wajib

Bentuk walimatul urus yg dibolehkan dan dilarang oleh syara’
Mengadakan dengan niat yg ikhlas kerana Allah kerana ianya ibadah dan mendapat pahala . Elakkan berniat untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai ketika melakukannya kerana perbuatan tersebut adalah berdosa . Mengadakan walimatul urus bertujuan mengistiharkan bahawa Sipulan dengan Sipulanah telah berkahwin dan sebagai tanda kesyukuran ( telah menyelamatkan 2 orang drp melakukan zina ). Mengadakan walimatul urus hendaklah berniat bersedekah utk mendapatkan keredaan Allah .Jemputan hendaklah terdiri drp semua lapisan masyarakat tidak terkhusus hanya satu golongan sahaja cth jemputan hanya kepada kakitangan kerajaan tidak kepada golongan lain .apabila perkara ini berlaku ,gugur kewajiban kita dr menghadiri kenduri tersebut.
Hendaklah diadakan secara sederhana sahaja .Islam tidak menggalakkan seseorang mengadakan kenduri secara besar-besaran dan membazir . Tidak perlulah kita mengadakan selama berhari-hari dan terpaksa berhutang demi semata-mata hendak disebut dan dikenang orang lain .
Di dlm majlis tersebut hendaklah dipastikan tidak terdapat perkara -perkara maksiat yg mencemarkan majlis tersebut kerana walimatul urus adalah ibadah ,adakah layak ibadah dicemari dengan maksiat ,Sekiranya terdapat maksiat maka kita tidak wajib menghadiri kenduri tersebut .
Makanan dan minuman yg di hidangkan hendaklah dipastikan semuanya halal ,sekiranya terdapat makanan dan minuman yg haram cthnya arak ,maka walimatul urus itu tidak wajib kita hadiri .

Di antara keuzuran yg diharuskan oleh syara’ drp menghadiri kenduri diantaranya ialah:
Tidak ada kenderaan atau orang yg membawa ke majlis tersebut ,dan majlis itu ditempat yg jauh
Terlalu banyak kenduri yg di adakan serentak dlm satu-satu masa cth 10 tempat dan kita dijemput di semua tempat itu . cubalah hadir sebanyak mungkin , sekiranya tidak berkesempatan lakukanlah yg terbaik utk memenuhi jemputan tersebut ,cth menelefon dsb
Ada halangan drp menghadiri majlis itu cth menjaga orang sakit ,dan tidak boleh ditinggalkan /tidak ada sesiapa yg menjaganya kecuali kita / ada urusan yg lebih penting yg perlu disegerakan /diselesaikan. Hujan yg terlalu lebat /wabak penyakit dsb
Tidak dijemput walaupun kenduri itu diadakan berdekatan dengan tempat tinggal kita .

Diantara hikmah walimatul urus ialah :
Mengistiharkan perkahwinan yg sah menurut syara’

# Orang-orang yg hadir di majlis walimatul urus itu adalah sebagai saksi/ejen penyebar maklumat .mereka sebagai saksi atas pasangan itu , sekiranya nanti ada yg mempertikaikan perkahwinan pasangan tersebut .

2. Memupuk semangat kerjasama dlm pelbagai lapisan masyarakat

# Melalui aktiviti gotong royong dan “rewang”/ “kejobos” semasa mempersiapkan hidangan -hidangan bermula dr awal majlis sehingga berakhirnya majlis yg dilakukan oleh penduduk -penduduk yg tinggal berdekatan rumah yg mengadakan majlis boleh memupuk semangat kerjasama dlm pelbagai lapisan masyarakat .

3. Melahirkan rasa syukur kepada Allah

# Rasa syukur kerana telah menyelamatkan sepasang manusia drp melakukan zina dan maksiat . bersambung ( selepas ini tajuk yg lain dr bidang yg lain akan menyusul )

One thought on “Walimatul Urus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *