Bagaimana Mereka Membina Kertas Dinding Windows 10

By | Oktober 18, 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

defaultwallpaper

Dengan ura-ura bahawa Windows 10, iaitu Sistem Operasi (OS) terkini dari Microsoft bakal dilancarkan pada 29 Julai 2015, mungkin ramai teruja dengan OS baharu ini, ada yang tak ingin lepaskan Windows 7. Mungkin anda ingat pada kertas dinding (Bahasa Inggeris/English => wallpaper) Windows XP, Bliss yang diambil gambar di Sonoma County, California.

Untuk kertas dinding Windows 10 pula, Microsoft meminta bantuan dari pasukan Bradley G. Munkowitz (pengarah kreatif) dengan harapan menjadi ikonik kepada Windows sendiri. Pasukan Bradley berkumpul di San Francisco membina imej kertas dinding Windows 10 dengan menggunakan skrin bercahaya dan projektor melalui kaca tingkap.

screenshot1

Pasukan beliau menggunakan laser, jerebu, mengembang dan teknik pemetaan untuk menghasilkan imej yang menarik. Lihat video 2 minit di sebalik tabir pembinaan kertas dinding itu.

 

Inilah kertas dinding yang mereka telah bina untuk Windows 10.

windows10wallpaper

Sumber dari PetaPixel.com, Windows Youtube dan Slash Gear

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *