Wujiaochang Plaza Bandar Masa Depan Shanghai

By | November 7, 2016

Assalamuaikum dan selamat sejahtera.

Yeop tertarik dengan gambar ini. Tapi peliknya, di mana tempatnya?

Apa yang diceritakan di Facebook CCTV News, ia berada di Timur Shanghai, China.

wujiaochang_plaza

Mereka mengubah landskap di tengah-tengah bulatan jalan yang sesak kepada landskap baharu, yang dikenali sebagai Wujiaochang Plaza. Ia telah dibuka sejak Jumaat lepas.

Mengambil masa selama tiga (3) bulan untuk menyiapkan landskap ini, ia menarik perhatian warga bandar Shanghai dan mungkin pelancong luar untuk menyaksikan sendiri landskap tersebut.

wujiaochang_plaza-3

Jejambat yang menghubungkan laluan jalan raya dengan hiasan yang seolah-olah mengalami zaman masa depan membuat mereka teruja dan menarik perhatian pengunjung.

Nampak seperti dalam filem sains-fiksyen, tapi ia betul-betul tempatnya.

wujiaochang_plaza-4

One thought on “Wujiaochang Plaza Bandar Masa Depan Shanghai

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *