Yeaaa! Gembira Akhirnya!

By | Disember 8, 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yeop sebenarnya mengeluh berat badan yeop tak naik selama 5 tahun semasa yeop berada di Grik Perak. Masa di sana berat badan yeop dalam 50kg. Yeop ingatkan dapatlah naik sekilo setahun tapi tak dapat. Bayangkan masa di sana yeop makan megi je. Nak masak, malas. Nak makan luar, kena berjimat. Hmmm sabar jelah.

Bila yeop pindah ke Sabak Bernam Selangor hampir beberapa bulan lalu, berat badan yeop naik mendadak. Kiranya sebulan naik sekilo. Wah!

berat badan yeop

Hari ini yeop pergilah timbang berat, setelah beberapa bulan di sini. Selalunya kalau ke bilik guru mesti yeop terpandang penimbang berat badan dan terus timbang. Kali ni penimbang ni ada dekat makmal komputer. Yang mengejutkan yeop, ia naik mendadak!

Hmmm tak rugi yeop berpindah di sini. Dahlah rumah keluarga pun dekat, kat sini pun ada jugak majlis makan-makan. Alhamdulillah tak sia-sia yeop.

Jadi, yeop harap mereka yang membaca di Grik diharap jangan terkejut pulak kalau tengok yeop dah berisi! Huhuhu

7 thoughts on “Yeaaa! Gembira Akhirnya!

  1. kak yatiadam

    tahniah.. berat badan yg sesuai dengan ketinggian sangat bagus untuk kesihatan.. pesan YA, amalkan minum air masak.. jemput blogwalking..

    Reply
  2. ikhwan

    saya dah kahwin masuk anak ke 2 baru nak merasa berat badan naik 🙂

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *