Yeop di #MDECSBB2016

By | April 24, 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

yeop-maz

Setelah yeop menunggu hampir sebulan, Sepetang Bersama Blogger 2016 telah tiba. Kali ini ditaja oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Alhamdulillah, yeop telah menyertai perjumpaan blogger terbesar di Malaysia sejak #SBB2014 dahulu, cuma #SBB2015 tidak menyertai atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Tahun ini, yeop teruja sangat untuk menyertai perhimpunan oleh Denaihati Network.

Pagi sabtu, yeop keluar awal pagi jam 5.30 pagi. Lega jalan tak sesak sangat dari Sungai Besar, terus ke Shah Alam kerana dua (2) blogger ingin tumpang sekali ke sana, iaitu Namia dan Qiya Saad. Dan terus ke Kuala Lumpur melalui Lebuh Raya KESAS.

Sampainya di sana, yeop sedang menghadapi masalah tak jumpa parking masuk ke Campbell Complex. Dah 3 kali kami tawaf sebab Waze tidak memberi laporan yang tepat kepada kami. Kami dok pusing-pusing nak ke sana, rupanya terperasan ada papan tanda masuk parking yang menuju ke atas. Hahaha

Sampai dekat sana, terus jumpa Potia dan Zul di parking. Terus naik ke dewan atas, daftarkan diri. Dapatlah goodies yang mengandungi buku tulis Denaihati, kukis Sohaini Cookies, Air berperisa Upin dan Ipin, Air kotak Yeo’s, mee Cintan dan tanda nama SBB2016.

Selain itu, yeop dapat juga beg keluaran Richworks Academy mengandungi DVD dan MP3 Magnet Kekayaan & Kejayaan dan buku Mudahnya Berniaga (Dari Kosong menjadi Jutawan). Buku dan DVD ini akan yeop direview pada masa akan datang.

Sesampainya di meja yeop, apa lagi kami saling bertukar-tukar kad blog dengan singgah dari meja ke meja lain sambil perkenalkan diri. Yeop sangat seronok kerana dapat berjumpa dengan rakan-rakan yang yeop kenal dan baru kenal semasa di sana. Bukan apa, yeop ni tak kisah nak bergaul dengan sesiapa saja.

Yang paling best, yeop bertemu dengan grup Best Blogger Network yang yeop baru tahu seperti Norman Danish, Syireen, Yana, Kamil Salleh, Sobri, dan adalah dalam berbelas-belas geng #BBN datang. Apa yang best, kami berada dalam satu meja. Huhuhu.

Sampainya ke situ, Hilal Azmi buat pengumuman utk dapatkan blogger yang mempunyai kad blog melebihi 20 keping. Akhirnya yeop pun dapat jugak baju tajaan Jopana.my.

Program terus berjalan dengan kata-kata aluan Tuan Denaihati, dan seterusnya jemputan dari wakil MDEC juga penaja utama SBB2016 untuk penerangan mengenai #YouCanDuit.

Seterusnya, forum yang dimoderator oleh Hadihadzil Din dan panel-panel seperti Ali Hanafiah yang diterbangkan dari Sarawak, Hasrul Hassan dan Aqif Azizan yang terkenal dengan penulisan yang mantap dan menarik perhatian pembaca-pembaca.

Kemudian teruslah cabutan bertuah… pusingan pertama yeop tak berjaya. Takpe, takde rezeki lagi. Calm down, masih awal lagi.

Seterusnya, segmen tajaan Ephyra, e-Qurban, Amna Home… dengan tajaan melancong ke Amserdam pada bulan September ni. Yeop tak join sekali.

Dan macam biasalah.. Yeop tunggu sampai penghujung masa.. Sebab yeop tau yeop takkan dapat cabutan bertuah.

Petang pulak, sambung semula perjumpaan dengan forum yang dimoderator oleh Tuan Denaihati dan panel-panel seperti Tuan Che Ani juga rakan baik Tuan Denaihati, Abang Ensem dan Tuan Haji Adi Putra, pelakon KL Gangster 1 dan 2.

Perkongsian yang sangat menarik, penuh dengan berisi dan berilmiah berkaitan kepopularan di Facebook, dan idea-idea yang menarik perhatian yeop dan rakan-rakan blogger.

Dah sampai waktu penghujung, mula nak cari cabutan bertuah ke Umrah tajaan Simply Umrah. Apa yang tak bestnya, MC kita Hilal Azmi sengaja bagi klu yang yeop tau yeop takkan dapat. Tapi memang betul, yeop tak dapat tapi blogger Mahamahu yang dapat ia.. Tahniah bro!

Yeop pulak dapat hadiah hamper dari Ephyra setelah yeop mendapat RM1.25 kepada Tuan Denaihati sendiri. Alhamdulillah, yeop tak dapat mahal, agak mahal pun boleh…

Syukur Alhamdulillah.

Ini kali kedua yeop mendapat hadiah dari Tuan Denaihati selepas SBB2014 dulu. Dapatlah bergambar lagi dengan beliau. hehe

Bila dah habis, kami masing-masing selfie..

ui-yeop BBN BBN-2 BBN-3 yeop-denaihati-ephyra BBN-4 yeop-makdara BBN-5 yeop-denaihati-kakseri yeop-ayuni

Memang kegembiraan terus datang..

Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang sudi beramah mesra dengan Yeop yang tak berapa hensem dan gelong-gelong tu. Hahaha

Terima kasih jugak kepada Team Denaihati kerana menganjurkan perjumpaan sebegini, yeop sangat-sangat suka. Walaupun nilai yang dikeluarkan adalah sedikit, tapi ilmu, tips, cenderahati dan gambar-gambar kenangan itu yang sangat mahal.

SBB2016

P/s: Nak tau, Upin dan Ipin pun datang jugak!! Hehehehe Meriah betul kami semua, macam budak-budak! Nak tau, jom tonton video di bawah.

 

2 thoughts on “Yeop di #MDECSBB2016

  1. sensasi2020

    Salam…. begitu meriah sekali Majlis Sepetang Bersama Bloggor #MDECSBB2016 kali ke-5 ini.

    Happy sangat dapat jumpa Yeop sekali lagi dan lebih menarik jumpa geng BBN dan blogger-blogger lain.

    Tahniah buat Yeop dapat juga hadiah istimewa walaupun tak dapat lucky draw. Tuah untuk Yeop untuk kali ini masih bersama.

    Semoga bersua lagi di lain event.

    Reply
    1. Yeop Maz Post author

      Waalaikumussalam.

      terima kasih jugak kerana tegur yeop dan bersembang-sembang pasal blog. Dengan berkongsi pendapat dan idea, sekurang-kurangnya kita menambahbaik penulisan kita dan mengeratkan lagi hubungan.

      tu rezeki yang tak pernah ditulis dalam buku. itu jugak rezeki tanpa disangka. Alhamdulillah.

      InsyaAllah kita akan bertemu lagi 🙂

      Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *