cerita

Yeop Menang Jam Pintar dari Puspakom

Kongsi Entri Ini di

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Baru-baru ni yeop telah menyertai satu kempen dari Puspakom Malaysia melalui Instagramnya @puspakom_ontheroad.

Kempen yang diberi nama Pertandingan Instagram Snap & Win sempena Hari Raya Aidilfitri yang dijalankan sehingga 22 Jun 2018.

Yeop pula ambil peluang untuk menyertainya atas sebab ‘try and error’, kebetulan pula yeop nak check kereta Viva yang yeop selalu bawa tiap-tiap hari.

Sekadar ikut syarat yang mereka bagi, cukup melayakkan diri menjadi pemenang.

Hadiah agak mahal sikit, walaupun orang kata ala, kat Lazada pun ada jual..”

Tapi dah seronok nak join kan, kalau ada rezeki cukuplah..

Tapi yeop tak sangka dapat tempat ketiga (yeop tak pernah target dapat hadiah, sedangkan saja je join ni..)

Instagram yeop adalah @yeopmaz

Yeop gembira sangat sebab dapat hadiah ini, rasa macam tak sangka. Yeop terus PM instagram mereka dan beri alamat untuk dihantar. Yeop tak dapat ambil kat sana sebab jauh dan kena ambil waktu bekerja.

Dua hari lepas tu, yeop dapat sampul Pos Laju. Yeop dah sangka barangan tu dari mereka.

Kemudian, yeop mula membuka sampul tu dann.. dapat satu kotak Jam Pintar.

Buka terus, belek jam tu..

Bila pakai pada tangan, nampak besar pula kepalanya.. Sesuai untuk kaum Lelaki yang ingin bergaya.

Kiranya yeop dah ada 3 jam pintar yang berlainan jenis, saiz dan model. Ini adalah model kepala bulat yang pernah yeop dapat (bukan beli ye). Yang lain semua beli.

Apapun yeop ucapkan terima kasih kepada Puspakom kerana memilih yeop sebagai Pemenang Tempat Ketiga. Kalau ada rezeki lagi yeop cuba sertai pertandingan lain.

Yeop Maz
Lifestyle Blogger and Influencers. Hubungi yeop di yeopmaz@gmail.com atau mssg.me/haiyeop untuk permintaan promosi, review atau event berbayar.
https://yeopmaz.com

2 Replies to “Yeop Menang Jam Pintar dari Puspakom

  1. cantik la jam pintar Yeop..

    nanti jika ada jualan amal boleh dillelong la pulak..

    boleh dapat harga tertinggi dan disumbangkan sebagai amal …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *