Zakat Fitrah: Maksud dan Kepentingan

By | Mei 25, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tak lama lagi Hari Raya Aidilfitri tiba, tapi adakah anda membayar zakat fitrah? Jika belum cepat-cepatlah ya..

Tapi sebelum tu, elok saya beri penerangan mengenai zakat yang diwajibkan dalam Rukun Islam ke-4.

Maksud

Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).

Kadar Fitrah

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.3kg beras atau senilai dengannya (ijtihad).

Di bawah ini adalah nilai yang perlu ditunaikan di setiap negeri di Malaysia bagi Tahun 2018/1439H.

Syarat Zakat Fitrah

  1. Islam
  2. Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
  3. Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.

Kewajipan zakat fitrah

  1. Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.
  2. Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

  • Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
  • Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
  • Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
  • Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.

Niat Zakat Fitrah

Wang sebanyak RM _____ ini sebagai menunaikan zakat fitrah, yang wajib ke atas diri/keluarga saya untuk tahun berakhir _____ tunai kerana Allah Ta’ala.

Kepentingan zakat

Hadith :
Dari Anas r.a katanya:”Abu Bakar menulis surat kepadanya menjelaskan apa yang diperintahkan rasulullah s.a.w (perihal zakat). Katanya:”Janganlah mengumpulkan yang bercerai dan jangan menceraikan yang berkumpul kerana takut membayar zakat.”(al-Bukhari)Huraian
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Zakat diertikan sebagai “tumbuh dan bertambah”. Ianya juga bererti berkat, bersih, suci, subur dan berkembang maju. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kamu kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”. (an-Nur: 56) .Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat kerana sesungguhnya mereka yang kaya dan berada harus menyedari bahawa di dalam harta mereka wujud hak orang-orang fakir dan miskin. Di antara hikmah Allah S.W.T mensyariatkan zakat ialah:-

• mengagihkan kekayaan dari golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada, iaitu sistem sosio ekonomi Islam.
• membersihkan diri membayar zakat.
• membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
• mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t di kalangan orang yang berada
• mengurangkan perasaan irihati di kalangan orang yang bernasib baik

Hikmah Kewajipan Membayar Zakat

Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya Allah telah memfardhukan zakat sebagai pembersihan terhadap harta.”Riwayat BukhariHuraian
1. Harta juga adalah merupakan suatu unsur yang memerlukan pembersihan dan penyucian kerana dalam proses mendapatkan dan mengembangkan harta ia sering terdedah oleh perkara-perkara yang syubhat.
2. Zakat merupakan alat untuk menyucikan harta demi menghindari keburukan dan kejahatan yang terkandung di dalamnya.
3. Tujuan zakat dalam syariat adalah untuk memenuhi keperluan golongan fakir miskin, orang yang dibebani hutang dan para musafir dan juga sebagai tnjang kepada kemaslahatan kaum Muslimin seperti untuk berjihad di jalan Allah, sebagai sumbangan kepada muallaf yang baru memeluk Islam dan pertolongan kepada kaum keluarganya serta perkara-perkara yang boleh mengukuhkan agama dan kedaulatan negara Islam.
4. Islam berprinsip bahawa seluruh harta pada hakikatnya hanyalah milik Allah SWT. Manusia adalah ditugaskan untuk memegang harta tersebut dan zakat yang diwajibkan itu berfungsi sebagai satu jaminan sosial dalam Islam.

Nota: Apapun saya sudah tunaikan. Anda bila lagi?

4 thoughts on “Zakat Fitrah: Maksud dan Kepentingan

  1. Azie

    Suami saya belum lagi bayar zakat, tengok hari ni atau esok, selangor nasih RM7 kan macam tahu lepas juga. tahun kedua suami bayarkan untuk saya. hihihih

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *